Uploaded by salafikuantan on Apr 3, 2009
Zuhud Memerangi
Sufi/Tasawuf
Zuhud bersifat dinamik dan progresif kerana ia praktikal dan juga disarankan oleh syara. Zuhud sentiasa menganggap dunia serta khazanah kekayaannya sebagai suatu yang penting dan berfaedah kepada umat manusia untuk memperolehi kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Zuhud meletakkan hal-hal dan bidang-bidang intelektualisma (ilmiawan), cendekiawan dan kepakaran serta kegigihan di tempat yang tinggi dan mulia. Zuhud juga menganggap setiap usaha yang baik sama ada berupa duniawi atau ukhrawi sebagai ibadah. Zuhud memusuhi kejahilan, membenci kemalasan dan kemunduran.
Mukmin yang berzuhud akan melipat-gandakan usahanya dalam membasmi segala bentuk penyakit sosial serta menghindarkan gejala yang tidak sihat di kalangan Ummah Islamiyah. Zuhud menangani isu-isu seperti ini melalui islah (pembetulan) dan tarbiah, kerana isu ini sentiasa menjadi polemik masyarakat dunia sejak dahulu hingga sekarang.
Dalam isu-isu sufi/tasawuf pula, ada banyak faktor dalam doktrin dan konsep tarikat kesufian yang boleh mematikan semangat umat Islam untuk berusaha, berjaya dan berdaya maju. Masalah ini telah membawa kepada lemahnya ummah dan lumpuhnya masyarakat Islam di dalam berbagai-bagai aspek dan bidang kerjaya. Ini merupakan faktor luaran dan dalaman yang berlaku dalam masyarakat Islam yang perlu diberi perhatian dan dibasmi melalui konsep zuhud.
Oleh sebab yang demikian, artikel ini hanya menumpukan analisis ringkas terhadap faktor-faktor negatif yang kemunculannya bermula di akhir-akhir abad keempat Hijrah, iaitu dimasa lahirnya era atau etika sosial baru yang direkacipta dan ditampilkan oleh syeikh-syeikh sufi/tasawuf yang disogok oleh Yahudi melalui kegiatan falsafah kesufian dan penjajahan fikiran (غزوالفكرى).
Mereka (syeikh-syeikh sufi) berusaha melalui pengalaman (tahaiyul dan khurafat) mereka untuk menghasut ummah supaya meninggalkan hal-hal kebendaan dan urusan keduniaan, membenci kenikmatan dan membawa masyarakat Islam ke arah amalan uzlah (pertapaan) sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap dunia, Islam dan ummah. Akibatnya lahir masyarakat Islam yang kurang memperdulikan soal-soal keduniaan dan hukum-ahkam yang berperanan mengurus kesempurnaan sosial, siasah, ekonomi dan bidang perundangan yang sangat diperlukan oleh masyarakat dan sangat dituntut oleh syara. Akibat dari kesan doktrin sufi/tasawuf masyarakat Islam menjadi mundur dan lumpuh di berbagai-bagai bidang.
Harakah sufisma yang telah melanda negara dan masyarakat Islam di seluruh dunia, sebenarnya hasil dari rekaan Yahudi, Nasrani dan Majusi. Diserap dan diseludupkan ke dalam ajaran Islam oleh konspirasi Yahudi antarabangsa untuk menghancur dan menjajah fikiran dan Ummah Islamiyah melalui penjajahan fikiran, yang memakai gelaran (topeng) sufi/tasawuf atau saluran sufi/tasawuf.
Kegiatan dan usaha-usaha jahat dari musuh Islam ini, akhirnya telah berjaya merubah fikiran Ummah Islamiyah sehingga membenci dunia atau menganggap dunia ini tidak mempunyai nilai. Malah pendidikan sufi/tasawuf telah menghanyutkan pemikiran dan akidah murni Islam kepada arah semata-mata mencari Tuhan dan berzikir sepanjang masa. Mereka memisahkan kehidupan kerohanian dari kebendaan (keduniaan), mengajak menerokai alam kebatinan dan mendewakan kerohanian seolah-olah dunia ini adalah berhala yang menyesatkan, bangkai yang menjijikkan dan dipenuhi dosa-dosa besar.
Gejala gerakan kerohanian dan sosial yang tidak seimbang dengan tuntutan agama dan dunia yang telah mempengaruhi masyarakat Islam melalui perlaksanaan doktrin sufi/tasawuf ini merupakan punca utama yang menyebabkan umat Islam sehingga sekian lama hidup di dalam keadaan mundur, lemah, pasif, merempat di dalam negara sendiri dan berpenyakit sosial yang kronik. Akhirnya umat Islam mudah ditindas, dicabuli kehormatan mereka, dipermainkan dan dijadikan bahan eksperimen yang senilai dengan spesis haiwan yang tidak berakal.
Terlalu sulit untuk memahami hakikat kesempurnaan Agama Islam jika dilihat dan dinilai melalui ukuran, amalan atau doktrin ajaran sufi/tasawuf. Sufi/tasawuf sangat bertentangan dengan Islam kerana ajaran Islam yang sempurna dan murni menyuruh masyarakatnya berusaha dan keluar dari semua belenggu kejahilan untuk menyelamatkan dunia dan segala penghuninya dari penderitaan dan kejahilan. Islam menyeru para mukminin agar mendampingi masyarakat manusia supaya dapat diajak ke jalan Allah untuk beribadah secara syumul. Sufi/tasawuf pula sebaliknya, ia lebih mementingkan amalan uzlah atau mengasingkan diri dari menghadapi gelagat manusia.
Islam telah mengharamkan pembaziran dalam semua aspek termasuk pembaziran masa. Sufi/tasawuf banyak mengabaikan masa dengan lebih meluangkan masa mereka kepada memerap lama untuk berzikir, beruzlah, dan mengira-ngira jumlah zikir dan pahalanya. Ini semua adalah pembaziran masa dan kesempatan yang boleh digunakan untuk mencari ilmu, mencari rezeki yang halal dan berjuang (berjihad) untuk mengislah ummah.
-
1 likes, 1 dislikes
2:50
Rasul Dahri Yang Sesat.by hanif116554,766 views
1:24
Zikir dipermainkanby mohdpanda389,682 views
3:14
RAJA PARA WALI SE-DUNIAby herlinamaulana139,125 views
9:09
Di Mana Allah - Ustaz Rasul Dahri 1by caedere42,155 views
1:21
akhlak Ustaz "Salafi" Rasul Dahriby rasuldahri111,656 views
8:51
Bicara Tarekat Sufi Tasawufby jalanmeru5,659 views
0:55
Buletin Utama - Ajaran Sesat (GPK/NII/Ajaran MLM/DIN)by AGKahfi7,112 views
9:12
Akidah Syeikh Abd Qadir Al-Jailani (3/6)by nasiruddien8,623 views
7:13
Ustaz Rasul : Membongkar Kesesatan Tarikat Muhammadiyah Pegangan Al Arqam.(1)by salafikuantan14,147 views
6:52
USTAZ RASUL DAHRI - REJAB - 1by caedere15,052 views
9:12
TA'ARIF ILMU TAUHID ( KITAB FARIIDATUL FARAAID FIL'ILMI 'AQAAID)by budilosong7,972 views
3:02
arqam.tangguh.mati.flvby sgchoh4,232 views
1:32
zikir jaharby kancilcoklat22,943 views
7:36
Sesatkah Ahmadiyah pt 2by puterapanas9,240 views
2:19
Tuduhan Rasul Dahri kepada Ustaz Mahfuzby rasuldahri124,610 views
9:54
Zikir Berjemaah, Nyaring dan Zikir Selepas Solatby sufiedinburgh108,939 views
4:12
Hukum Membaca Al-Quran di Kuburan (Fatwa Imam Syafie)by nasiruddien16,280 views
1:37
ANWAR IBRAHIM : LUCUNYA DIRIKUby anwarkencing6,024 views
7:13
Ustaz Rasul : Membongkar Kesesatan Tarikat Muhammadiyah Pegangan Al Arqam. (2)by salafikuantan11,862 views
8:19
Di Mana Allah - Ustaz Rasul Dahri 4by caedere9,216 views
- Loading more suggestions...
dalamperutadebabi..baik ah tu ayat..Lakum diinukum waliyadiin. Kau kawin dgn perempuan yg kau suka, aku kawin dgn perempuan yg aku suka, aku tk tidor ngan pompan kau, kau tk tdor ngan pompan aku....titik. Hahakzz! Iblis terbahak bahak ngan karena2 ni anak2 kat bawah siak.
zzhallaj 2 months ago
wahai insan belajarlah...belajarlah..belajarlah...jangan mudah menghukum.. mana adab nabi muhammad... lihat diri kamu rata2...barulah dapat mengenal .. umat akhir zaman...ilmu rahsia menjadi pantas...kenal..kenal.kenal
noddy1221 1 year ago
Saya rasa ada salah faham berkenaan ziarah kubur.Ustaz ini kata yg tak boleh menyeru orang mati di kubur cuba dengar betul2 dan fahamkan.
Kalau seru org mati di kubur memang tak boleh takda seorang sahabat pun dan imam2 besar yg buat camtu.
politikmalaysia 1 year ago
Ziarah kubur nabi, sahabat dengan ulama itu dianggap syirik??
Ya Allah...di akhir zaman ni terlalu banyak fitnah..apetah lagi disebabkan oleh ulama su'..Ya Allah,tunjukkan lah, yang benar itu tetap benar, yang batil itu tetap batil..
kacobetul 1 year ago
masyaAllah... ilmu Allah amat luas. lahaulawala quwata illabillah tapi hamba yg bodoh lagi jahil ini ingin bertanya pada yg tahu..
zama Rasulullah quran tidak dibukukan. maka quran yg kita baca skarang bid'ah?
peristiwa israk mikraj rasulullah berjumpa para nabi dan mengimami mereka dalam keadaan jaga. tak mustahil kan tu? malah saiyidina abu bakr r.a. mengata kalau rasulullah melalukan lebih dari tu pun dia percaya.
wallahu'alam
gawddammofo 2 years ago
Terimakasih Ustaz kerana memberi kenyataan.
heltazz 2 years ago
pandai sgt mensyirikkan orang.. ukur dulu diri tu.. maaf lah yer..
j35734r5 2 years ago
ko ceramah kat mana tu tapi aku boleh nenguk ko ceramah kat luar negara..ni apa? sihir ke..?
labyrinth7777 2 years ago