Debat Nik Aziz vs Md Nor Deris di Galas

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
30,319
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 15, 2010

Nik Aziz lawan Mohd. Nor Deris

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Buku bertemu ruas! Pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris telah meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.

Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Malah, 'kisah menarik' itu juga mendapat liputan dalam pelbagai laman blog sama ada propembangkang atau prokerajaan seperti theunspinners.blogspot.com dan ia turut cuba 'dijernihkan' oleh www.harakahdaily.net.

Berikut ialah sebahagian daripada sedutan rakaman video itu:

Sambil menunjukkan jari ke muka masing-masing

Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.

Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.

Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.

Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"

Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?

Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.

Nik Aziz: Tak payah salam.

Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).

Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).

Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.

Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.

Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.

Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.

Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.

Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.

Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).

Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.

Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.

Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).

Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.

Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).

Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.

Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.

Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.

Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.

Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.

Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?

Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!

Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.

Nik Aziz kemudian bersembang dengan keluarga Omar. Antaranya beliau bertanya tentang anak-anak Omar selain bertanya mereka kerja di mana.


sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1106&pub=Utusan_Ma...



Sila layari Blog Panglima untuk maklumat lanjut di

http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/11/video-beberapa-minit-sebelum-ust-m...

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 53 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Top Comments

  • saya x sembah kaabah saya sembah allah :)

  • sembah kaabah????ustaz ni bia btol..ni dh ckp berpandukn iblis..

see all

All Comments (130)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • Pas islam ke?. parti sesat ada le......

  • org umno memang macam tu perangai,

  • UMNO keluar laa dari BN ramai2 sokong PAS...MCA soi lek terang2 hina islam...

  • suruh berbaik, tapi dalam masa yg salam tanak menyambut salam...pelik ustaz ni...

  • ia menunjukkan usaha & semangat dari seorang Hamba Allah Kelantanese yang mahu Nik Aziz sedar. Walaupun kelihatan KASAR, inilah cara anak jantan Kelantanese yang gedebe mahu tarik telinga orang yang DEGIL & BERDENDAM sesama Melayu-Islam.

  • Umnongo xdok modal dah. Chua Soi Lek dok hina Islam tu dok alik sapo.

  • Najib & Umnongok to munafik. kalu betul2 ikut islam nok balah bakpo.

  • Semoga kita semua berendah dirilah wahai umat Nabi Mohamad SAW! Kalu TGNA sayangkan Allah SWT dan Ustz juga sayang yg sama - apa cerita kita nak balah ni? TGNA gugurlah cita-cita nak jadikan DSAI PM. Dok sekejap renongkan apa jadi jika DSAI jadi ketua ni. Semua agama tok terima jenis org yg macam ni! Seteruk Amerika & org putih pun jika skandal dgn wanita pun jadi tok layak doh! Tapi kita ni dlm Islam pulak TGNA! TGNA org comel doh - dok buat gapo nak PJ nya? Asas parti pun ialah JERAT dajjal

  • hahahaha lawak..kamu kata PAS kerjasama dgn DAP maka Malaysia dijajah kalau pakatan rakyat memerintah..mmmmludah ke langit kamu kena lendirnya..tepuk tangan ke dulang kamu kena percik airnya...habis tu MCA,MIC dan UMNO...APA CERITA..BUAT VIDEO NK PEKENA ORANG TP BANGANG...

  • umno xmahu jalankan hukum hudud..hukum hudud hukum ALLAH SWT..jadi umno la yng patut digugurkan kerana menolak hukum hudud..kafir bagi sesiapa menolak kebenaran al quran

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more