Video ini membuktikan kesungguhan seorang OKU mencari rezeki. Selama ini masyarakat selalu menganggap OKU hanya meminta-minta, mengharap sesuatu yang datang bergolek. Namun ku punya hati tidak sesekali begitu. Aku akan perjuangkan sisa-sisa hidup dengan berusaha setakat termampu demi masa depan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan kewangan yang stabil.
Sungguh pun begitu masih ramai yang tidak percaya akan kemampuan OKU. Lebih-lebih lagi mereka yang berpangkat sederhana, bertali leher dan duduk di bilik berhawa dingin. (Bahagian Lesen Perniagaan dan Kontraktor, Pusat Khidmat Kontraktor, Unit Pendaftaran Kontraktor, Pejabat Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Simunjan). Video ini buktinya. Masih tidak percaya ???
Bayangkan anda berada di tempat saya. Sanggupkah anda meniti perjalanan pergi dan balik selama kira melebihi 6 jam di dalam kenderaan (sejauh 86 km JALAN PEMBALAKAN dan 40 km JALAN BERTURAP).
Ikuti Namun ku punya hati part 2 bagi menyaksikan kesukaran jalan yang dilalui.
Terima kasih mawaromawar kerana memahami jiwa seorang OKU.
okusarawak 1 year ago