Lagu ,Cinta Keramat sebuah karya ciptaan daripada seorang artis baru Ray Syadi ( Bonny Lin ) dan kerjasama penghasilan lirik juga dengan seorang artis baru , Sridewi .
Ray Syadi , berasal dari Sandakan , Sabah . Berbangsa Cina ( Bapa ) + KadazanDusun ( Ibu ) dan kini menetap di Kuala Lumpur , meruapakan artis kelahiran ataupun bakat dicungkil dari Bintang RTM 2009 dan Bintang AiMinnal RTM 1 Malaysia bagi bukan warga melayu dalam nyanyian bahasa melayu dan dinobatkan sebagai naib juara dalam Bintang AiMinnal . Beliau bukan sahaja suka menyanyi , tetapi juga minat dalam bidang cipta lagu . Karya pertama merupakan lagu patriotik SATU MALAYSIA BARU menajdi tumpuan ramai terutamanya di daerah Sandakan setelah dipromosikan kepada Radio Malaysia Sandakan Fm. Untuk makluman anda , sebenarnya nama asal RAY SYADI ialah BONNY LIN VUN SENG . Nama komersialnya yang baru ialah RAY SYADI , diberi oleh RTM KL semasa beliau dipilih dalam IKON KEM BINTANG- BINTANG pada tahun ini dimana kem ini adalah memberi pengiktirafan kepada artis-artis baharu ini yang dipercayaikan bakal akan memajukan industri muzik dan hiburan Malaysia . Kem tersebut dijalankan selama 2 minggu dan segala aktivit - aktivit mengenai ke-sembilan IKON itu akan bersiaran di saluran baharu , ia itu TVi Saluran ASTRO 180 bermulai 4 April 2011 ( Ahad ) . Perkembangan seterusnya , Ray Syadi akan bernaung di bawah JULFEKAR , Syarikat Rakaman MillenniumArt Sdn .Bhd dalam masa terdekat ini dan lagu single pertama Ray Syadi akan dikeluarkan tidak lama lagi yang berjudul BUKAN SATU ALASAN yang dicipta oleh komposer JULFEKAR . Nantikan lagu single beliau yang akan dikeluarkan tidak lama lagi .
Lagu KAU PERMAINKAN AKU ciptaan komposer JULFEKAR menjadi pengenalan kepada seluruh Malaysia siapa itu SRIDEWI dan lagu itu merupakan lagu single beliau .
SriDewi (21 thn) atau Patma Sri Dewi a/p Jothiswaran merupakan finalis Bintang Ai -- Minnal 1 Malaysia RTM. Bernaung di bawah Syarikat Rakaman MillenniumArt Sdn. Bhd. Berasal dari Lahad Datu Sabah dan berdarah kacukan India, Suluk & Jawa. Albumnya berkonsepkan Pop Komersial ini, mengadungi 5 buah lagu keseluruhannya, kesemuanya lagu baru dicipta. Proses rakaman album ini hampir siap. Album diberi judul 'SriDewi' ini, dijangka akan diedarkan pada 2011. Management : Julfekar +60163443449
Komposer : Ray Syadi@Bonny
Lirik : Ray Syadi@Bonny / Sridewi
Artis : Sridewi
Tajuk : CINTA KERAMAT
Genre : BALADA POP
Cintaku , Bukanlah ,
Untukmu kasih ......
Kerana ,
Dunia ,
Hanya sementara .....
Kekasih , Dengarlah.....
Oh...bicaraku....
Ku harap ,
Yang terbaik `tuk
Kita berdua.......
Ku....
Ciptakan lagu cinta ,
Untuk dirimu dan diriku .....
Kasih ,
Ku luah segalanya.....
Hanya ...
Untuk diri mu......
Pergilah .......
Usahlah......Berpaling.....
Tinggallah ku sorang diri.....
Membasahi pipi ,
Menusuk hati......
Bibirku ,
Tak lekang menyebut namamu ,
Kenangan kita terpahat ,
Dihatiku.....
Akan ku keramatkan ,
Cinta kita,
Untuk selamanya ,
Di dalam ilusi...
Hak Cipta Terpelihara 2011 Ray Syadi@Bonny
tq awgm.....;)
harap leh terus menyokong saya dan promote....huhuhu
musicsandakan 11 months ago
Haha...tq Asmidar ....;) kalau boleh tolong Promote kan ek ;)
musicsandakan 11 months ago