Panduan Solat Hajat
HUKUM SOLAT HAJAT MENGIKUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG BERMANHAJ SALAFUS SOLEH
PERTANYAAN:
Saya sering ditanya dan diminta berhujjah dengan dalil syara, apakah solat hajat itu hukumnya sunnah (dituntut) atau bid'ah?
JAWAPAN:
Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadis-hadis tentang solat hajat adalah hadis dha'if (hadis lemah). Maka tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun banyak bilangannya.
Oleh itu mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid'ah kerana menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai imam-imam hadis yang lain) bahawa:
Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya. (Lihat Mizanul ltidal. jld. 1. Hlm. 6.)
Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang melakukan solat hajat ialah:
Dari Abdullah bin Abi Auf, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari Hani Adam (manusia), maka hendakIah ia berwuduk serta menyempurnakan (membaguskan) wuduknya, kemudian soIat hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hajat hendaklah ia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian membaca doa hajat:
as salaamu alaika may Allaah guide and protect us alhamdulilah to see the bro. can you get these translated into english?
abumuusaa1 1 year ago 5