Ceramah kali ini menerangkan tentang:
1. Makna Ummul Mukminin menurut Asbabul Nuzul
2. Perawi hadis Sahih Bukhari melaknat Sahabat, iaitu Ali bin Abi Talib.
Pada Disember 2010, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Hawza Imam Ali bin Musa Ar-Ridha dan kira-kira 200 orang ditangkap. Mereka masuk ke dalam ruang solat kami tanpa menanggalkan sepatu. Setelah itu bermula pembohongan terhadap Syiah secara besar-besaran yang dilemparkan oleh pihak JAIS dan beberapa tokoh Ahlusunnah melalui media massa tanpa dibenarkan membela diri. Kebanyakan media Malaysia enggan membuat liputan yang benar dari pihak kami.
Antara tuduhan mereka ialah Haji tidak wajib, Perkahwinan antara Ahlusunnah dan Syiah bakal melahirkan anak zina!!!, Syiah menghalalkan darah Ahlusunnah, menggunakan senjata untuk menyambut Asyura ketika malam serbuan, Syiah tak pernah diiktiraf di Malaysia dan lain-lain lagi.
Walau bagaimanapun video yang dipaparkan ini adalah petikan dari seminar al-Ghadir di Masyhad yang disampaikan oleh Ayatullah Dr. Husaini Qazwini. Mungkin pendedahan ini memalukan pihak Ahlusunnah, namun sebagai menjawab pembohongan dan fitnah beberapa tokoh agama mereka, bagi kami ia adalah satu keperluan yang mendesak. Kami masih menanti permohonan maaf daripada JAIS, Dr Hasan Din, Prof Madya Aziz Hanafi, Alaudin bin Dato Bakar dan lain-lain lagi...
Link to this comment:
All Comments (0)