Uploaded by CintaAgung on Jan 23, 2007
Rufaqa' Corporation telah didaftarkan sebagai syarikat perniagaan pada tahun 1997 oleh bekas pemimpin Al-Arqam Ustaz Haji Ashaari Muhammad bersama dengan ahli keluarganya. Berbeza dengan ABIM, PAS dan JIM yang mengambil koperasi sebagai wadah perniagaan Islam mereka, Ustaz Ashaari Muhammad memilih syarikat perniagaan sebagai wadah melanjutkan usaha perniagaan Islam yang diasaskannya melalui gerakan Al-Arqam dahulu[19]. Perniagaan Al-Arqam yang telah bermula pada tahun 1997 dan telah berkembang ke peringkat antarabangsa telah turut musnah dengan pengharaman Al-Arqam di Malaysia pada tahun 1994[20]. Selepas pengharaman ini, bekas-bekas ahli Al-Arqam di Malaysia berpecah kepada empat kumpulan[21]. Pertama, golongan yang hilang keyakinan terhadap perjuangan Islam cara Al-Arqam; kedua, golongan yang tinggal di atas pagar dan mengambil sikap tunggu dan lihat di mana ada keuntungan; ketiga, golongan yang terus yakin dengan perjuangan Islam tetapi berdiam diri kerana tidak mampu meneruskannya; dan keempat, golongan yang yakin dengan perjuangan Islam dan terus mengekalkan cara hidup Islam walaupun hanya di peringkat keluarganya, umpamanya dengan mengekalkan pengamalan syariat dan tarbiyyah, membaca dan menghayati Al-Qur`an dan Hadith, mempelajari dan mengamalkan ilmu fardhu `ain dan sebagainya[22].
Rufaqa` Corporation lahir dari golongan yang keempat ini, yakni dari keluarga bekas pemimpin Al-Arqam Ustaz Haji Ashaari Muhammad sendiri. Dengan empat orang isteri, 35 orang anak, 26 orang menantu dan 123 orang cucu, Ustaz Ashaari Muhammad mempunyai cukup tenaga untuk memulakan perniagaan Rufaqa`. Apabila syarikat Rufaqa' Corporation didaftarkan, Ustaz Ashaari Muhammad sendiri menjadi Pengerusi Eksekutifnya manakala beberapa orang anak dan menantunya menganggotai Lembaga Pengarahnya.
Seperti Al-Arqam, Rufaqa' juga berpegang kepada tujuan perniagaan sebagai hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak dengan sentiasa mencari keredhaan Allah SWT melalui niat dan kaedah pelaksanaan yang betul. Bagi Rufaqa', perniagaan mempunyai syariat dan ibadahnya yang sangat luas. Umpamanya disebutkan bahawa melalui perniagaan, mereka akan mendapat kawan, memberi khidmat kepada masyarakat, mendirikan kerjasama, memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidup, menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam, mengumpul pengalaman sama ada dari segi pengurusan, mengenal tempat, barangan dan sebagainya, melatih dan mengamalkan sifat sabar, berlapang dada, bertolak ansur, memberi dan meminta maaf, berlebih kurang, bersimpati, memajukan agama, bangsa dan negara, berpeluang mengeluarkan zakat, dan menyediakan peluang pekerjaan (Rufaqa' Corporation t.t.a).Secara lebih tersusun, tabloid bulanan Rufaqa`, Ana (Mac 2001:7), menyenaraikan dua belas peluang tujuan berniaga seperti berikut:
1- Dapat berkhidmat dan menyediakan khidmat kepada masyarakat;
2- Dapat menyediakan makan minum serta keperluan asas yang halal;
3- Dapat menjalinkan hubungan persahabatan di antara penjual dan pembeli;
4- Dapat bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain;
5- Dapat belajar untuk bertolak ansur dan mengalah dengan orang;
6- Dapat melatih diri untuk sabar serta berharap kepada Allah SWT melalui ujian di dalam perniagaan;
7- Dapat berlatih untuk belapang dada dan memaafkan orang dalam menghadapi karenah pelanggan;
8- Dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai;
9- Dapat membantu memasarkan barangan orang Islam;
10- Dapat menegakkan syiar Islam melalui kemajuan yang dibangunkan melalui perniagaan;
11- Dapat membantu fakir miskin serta orang yang memerlukan; dan
12- Dapat menunaikan kewajipan zakat.
-
11 likes, 1 dislikes
1:04:55
Bonda Ummu menterjemah kata2 Abuyaby CintaAgung721 views
9:59
Ustaz Budak - 4 Sifat Berjaya Dalam Hidup - Part 3by myzaimi14,578 views
9:36
Rufaqa' Corporation Profile 2by CintaAgung8,335 views
4:58
Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhdby CintaAgung17,723 views
1:31:03
Majlis Dialog Abuya di era Al-Arqamby CintaAgung589 views
3:53
JAIS raid BCH - Rufaqa Inn, Kafe 2by muntazirah19,649 views
2:36
Sedikit Berita Rufaqaby CintaAgung4,760 views
4:12
JAIS raid Pasaraya Rufaqa 1/3/07by muntazirah3,944 views
0:46
20. S8. Sembelihan kumpulan rufaqa? - Hby paradiseewood5,655 views
44:38
Wahabi : Kerosakan agama atas nama agamaby CintaAgung551 views
5:07
Telah disebut, tunggu apa lagi ...by CintaAgung6,969 views
3:40
Ahlulbait bersama Jemaah Al-Arqamby niksyahrilhisyam1,362 views
2:46
House Of Al-Arqam Islamic Cartoonby amifagol67,306 views
8:50
Sesi Dialog Majlis Hi Tea Rufaqa Corp (video 2)by CintaAgung824 views
0:44
Yusry KRU terpegang buah dada Bawang Putihby amirul34570,422 views
5:37
REMAJA HARAPAN - Sifat 20 Live .mp4by PendambaSyurga328 views
1:02
Majlis JAIS 8/1/07 Video 6 - Aurad Muhammadiah Tak Sesat!by muntazirah16,861 views
7:16
Sesi Dialog Majlis Hi Tea Rufaqa Corp (video 7)by CintaAgung555 views
4:41
Zikir 20 Sifatullah (Sifat Allah)by imamkmm266,329 views
2:00
Trailer 16 Agustus 1945by rudyrahadian10,566 views
- Loading more suggestions...
a.kum saudari,kalau saudari tak tahu lebih baik senyap,takut2 bleh mendatangkan fitnah.sapalah kita untuk menilai orang .allah sajer yg bleh menilai.
epaiila 3 years ago
wahai saudara seagamaku....mengapakah kamu bertelagah...lupakah kamu pada wasiat Nabi Muhammad sallaallu alaihi wasallam???...jika kamu bertelagah, kembalilah kepada al-quran dan as-sunnah...bukan rujuk n terima bulat2 kata2 org...selidikilah terlebih dahulu kerana dikhuatiri kata2 kita akan merosakkan iman...nau'zubillahi min zalik...
nurzalikanisa 3 years ago
Muy lindo
Orco808 3 years ago
>Tiada siapa yg tahu siapa iman Mahdi Hanya Allah S.A.W yg tahu...
>Kita hanya boleh berjumpa Nabi Muhammad hanya dgn izin Allah S.W.T (Bagi org2 yg beriman) dan tiada perantaraan ataupun majlis...
>Solehnya ssorg itu hanya apabila mengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W dan Taat dgn printah Allah...brlandaskan Al-Quran dan Sunnah..
miziz466 3 years ago
::Ummat Islam skrg sudah dihimpit drpd pelbagai sudut...Oleh itu Kita sesama Islam jgnlah mengkusutkan lagi keadaan...kembalilah kejalan yg benar dan Marilah kita Bergabung utk Mempertahankan Agama Allah ini drpd Kafir2 Laknatullah...Kerana mereka mengambil peluang ini utk menghapuskan kita...::
Bagaimana Nak memusnahkan musuh sebenar jika kita rakan2 seperjuangan sendiri masih tidak sehati dan sejalan...Siapa yg rugi??Fikir2kan lah...
miziz466 3 years ago
apa yg Rufaqa amalkan ada yg btl..dan ada yg salah..
bg sy..kalu diperbetulkan apa yg salah itu InsyaAllah damai segalanya..
mgkn amalan mereka ada sedikit terpesong dri amalan dan kepercayaan yg sebenar...
miziz466 3 years ago
Rufaqa tetap hebat!
fenexis 3 years ago
Wahai samiyussuf !Kamu siapa nak syirik2kan orang islam lain.Kamu tau tk dosa mensyirikan org islam itu adalah dosa.Kamu tuhan ke? Hanya menurut fatwa JAKIM kamu dah kata syirik.JAKIM tu dah selamat ke dari Syirik? Mereka bertuhankan pemerintah, sebab itu sanggup tidak jalankan hukum ALLAH semata2 kerana pemerintah yang beri gaji padanya.Apakah itu tidak boleh membawa syirik,memblkgkn ALLAH dan mendewa2kan Pmrintah dan menurut arahan pemerintah agar hukum2 dan undang2 ALLAH tidak dilaksanakan.
globalprofit 3 years ago
apa yang saya kaji dan pelajari,pihak JAKIM menfatwa Al-Arqam sesat kerana 2 perkara:
1)mendakwa Ashari pemuda bani tamin
2)mendakwa sheikh suhaimi sebagai imam mahdi.
selain 2,pengikut2 Ashari terlalu mendewa2kan dan taksub kepada Ashari.ini ditakuti akan mndtngkan syirik kepada Allah..
samiyussuf 3 years ago
perjuangan rufaqa juga tidak disokong oleh ulamak samada malaysia ataupun international.rufaqa bukanlah oganisasi yg dipimpin oleh ulama dan ashaari bukanlah seorang ulama.tidak seperti pertubuhan islam lain sebagai contoh PAS yg dianggotai oleh ribuan cerdik pandai islam
akoromin 3 years ago