Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Ucapan Penggulungan Presiden "Objektif Perhimpunan Agung UMNO 2011 Tercapai" - Najib

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
5,368
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Dec 3, 2011

Sokongan Orang Melayu Dan Kaum Lain Penting Untuk UMNO

KUALA LUMPUR, 3 Dis - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO tidak pernah mengetepikan perjuangan untuk mengangkat agenda kaum Melayu dan Bumiputera, tetapi pada masa yang sama masih memerlukan sokongan kaum lain untuk memastikan kelangsungannya sebagai sebuah parti.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan 1Malaysia, gagasan yang dipromosikannya, tidak bermakna komitmen UMNO untuk memperjuangkan agenda Melayu akan terabai, kerana gagasan itu diperkenalkan untuk memastikan sokongan semua kaum di negara ini.

"Bila turun ke bawah, ke ladang, ke estet, ke kampung baru Cina, bukan bererti bahawa saya kurang komitmen untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

"Saya lakukan perkara ini sebab kita mesti menentukan bahawa negara Malaysia kita ini mendapat sokongan daripada semua kumpulan etnik, kerana masa depan UMNO juga bergantung kepada sokongan daripada orang-orang lain," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, sekaligus mengakhiri perhimpunan lima hari parti itu.

Najib berkata sebagai pemimpin kerajaan, beliau perlu memikirkan hala tuju negara agar rakyat yang sentiasa menilai, baik secara senyap mahupun terbuka akan terus berasa yakin dan percaya terhadap kepimpinan sedia ada.

Untuk itu, katanya, perancangan yang cukup rapi, teliti dan kemas perlu dibuat untuk memastikan dalam masa 10 tahun lagi, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Alhamdulillah dengan adanya pelancaran dan pelaksanaan sedemikian, bila ekonomi Eropah merudum, bila (ekonomi) Amerika Syarikat dalam keadaan tidak menentu, kita di Malaysia, Alhamdulillah ekonomi kita ini mampan dan stabil dan dapat menunjukkan pertumbuhan yang baik," katanya.

Lagi Di http://umno-online.com/?p=51370

Dalam ucapan penggulungannya, Perdana Menteri berkata para perwakilan telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan beliau pada permulaan perhimpunan itu.

Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.

Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

"Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional," katanya.

Katanya tujuan perhimpunan itu juga adalah bagi mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan untuk menjayakan pelan transformasi berkenaan.

Dalam objektif keempatnya, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia boleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Najib berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai'ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Najib berkata semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur, maruah agama dan bangsa juga turut binasa.

"Ini tanda transformasi besar parti telah bermula, pada detik saat ini, ketika bersejarah ini dalam dewan ini, ambillah seruan Allah (swt).

"Hendaklah kita bersiap sedia dengan segala kekuatan yang ada, lengkap diri masing-masing, turun kemedanjuang sebagai satu saf yang padu, pasukan yang kukuh, barisan yang kuat dan jemaah yang ampuh", katanya.

Lagi http://umno-online.com/?p=51368

  • likes, 32 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (27)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • @megakrisnaable kau ni macam MUSIBAT!

  • akuu bencii umnoo

    

  • @hara16416 finah kau tak erti maksud fitnah.......NFC fitnah...Beli kapal jet enjin hilangkan fitnah habis penerangan zahid di parlimen dan laporan USA itu fitnah ke??pergi masuk belajar sekali lagi lah wei

  • @megakrisnaable oh ape kurangnya presiden pas and pkr?

  • @megakrisnaable mane kau dengar cerita ni ? Semua fitnah. Kau jangan tambah dsa . tu je. sekian

  • 1)wahai penyokong UMNO jawab soalan saya kenapa najib jumpa saiful? 2)Kenapa rosmah beli cincin bukti laporan LHDN 3)Kenapa Komisen RM540 juta beli kapal selam yang tak boleh selam kes sedang berjalan di France 4)Kenapa Altantuya masuk ke dalam malaysia kenapa dia dibunuh 5)Siapa sirul dan badrul 6)Isu PKFZ 7)LEMBU NFC 8)Beli Jet terbang Enjin hilang komisen RM400 juta 9)Tahap rasuah diperingkat dunia jatuh ke tangga 60 10)Kadar elektrik rumah Perdana Menteri RM38000 satu bulan Jawab soalan
  • presiden yang bodoh dalam sejarah UMNO

  • luga lalu tngok yo niy kecek.....

  • puihh!! sembang kencang!pulangkan duet rkyat 25 juta dollar y ko buat bli cincin bini ko tuh!!

  • terus kan perjuangan umno sehingga darah yang terakhir .

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more