Ubat Sendi Tulang Adi Putra mengandungi dadah Steroid

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
11,355
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jan 17, 2010

Mengejutkan apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.

Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra.

Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran.

Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol.

Steroid sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kesan sampingan seperti reput tulang, tekanan darah tinggi, badan menjadi sembab, obesiti, kerosakan ginjal dan pelbagai lagi, katanya di lokasi serbuan.

Dalam masa sama, enam jenis ubatan lain dirampas dan akan menjalani ujian klinikal bagi mengetahui kandungan sebenarnya.

Selain Ubat Penawar Sendi Tulang, ubatan lain dirampas turut tidak mempunyai pengesahan KKM dan dipercayai ada di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

Jika sabit kesalahan, individu berkaitan boleh didakwa mengikut Seksyen 7 (1a) Akta Jualan Dadah 1992 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kami nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih ubat dan dapatkan nasihat daripada kakitangan farmasi atau doktor pakar sebelum mengambilnya, katanya.

Sementara itu, Titi Sri Wahyuni mendakwa tidak mengetahui apa-apa berkaitan ubatan itu sama ada ia dibenarkan untuk jualan atau sebaliknya.

Saya tak tahu apa-apa sebab baru sebulan kerja di sini. Saya hanya bertugas melekatkan label Adi Putra pada botol serta meletakkannya dalam kotak.

Saya juga tidak pernah memeriksa atau mengesyaki apa-apa sejak bekerja di sini. Saya hanya melakukan tugas manakala waktu kerja juga tidak menentu, pagi dan malam saya berniaga menjual pelbagai jenis pakaian, katanya.

Sebelum itu, Metro Ahad menerima aduan daripada pihak tertentu yang sangsi dengan Ubat Penawar Sendi Tulang kerana ia sama dengan satu lagi ubat dijual di Kedah.

Bagaimanapun, ubat dengan gambar Adi Putra berjubah juga berserban dijual lebih mahal berbanding di Kedah dengan harga hanya RM6 sebotol.

http://mymigrasi.ning.com

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 4 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Top Comments

  • bapak dia la punya keje ni. bila dah kantoi, suma masalah dia tolak kat si adi ni. sampaikan siap kata, semua keputusan nak pilik produk , semuanya diputuskan oleh adi. dan dia yg buat rumusan sendiri. ahahaha... hebat...

  • @MrIsmano kalo ye pun nk kluarkn hadith , sbut la betul2 .

    yang ko tulis tu , mksud die Fitnah drpd Khat . tah pape .

    sbnanye ,

    Alfitnatu ashaddu min Alqatl

see all

All Comments (23)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • @TheKudatua adi putra belajar di universiti antrabangsa

  • nak genius konon....aku dah agak dah....menipu je sume ni...

  • kan betuk tekaan aku...menipu je semua tu..emak ayah dia nak cepat kaya....kesiannya aku...!!!

  • la bdak tu dah pandai math tknak dimanafaat kan... hantar la dia ke skola blaja pndai2.. truk btul mak bapak dia, slahguna anak dia. pi jd kan adi tok pawang plak.

    beso2 bleh jd jurutera ke, pkar math ke, ni tk nk jadi tokan ganja plak... adeh2

  • homopati dah sembuhkan byk penyakit berbanding alopati

  • rumusan ubat konon.dia sakit pun pi klinik jugak,nak cipta ubat.pigi dahhh

  • budak tu genius, bapak dia manipulasi konon2 cipta ubat.bapak dia bukan doktor pun.. raja dadah kot bpk dia.dah la mahal

  • change your mentality, malaysian!!!

  • org2 yg dianiaya tu, nasibnye akan terbela jgak nti

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more