Uploaded by nasiruddien on Oct 9, 2007
SIAPA AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH?
Kita perlu memahami pengertian di segi bahasa dan syara. Istilah "Ahli Sunnah wal-Jamaah" terdiri dari tiga kalimah, iaitu "Ahli", "Sunnah" dan "al-Jamaah".
AHLI
Perkataan "Ahli" mengikut Bahasa Arab:
1. "Pakar, Yang Berilmu atau Yang Pandai" sebagaimana firman Allah: "Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui". (QS. Al-Anbiya, 21:7)
2. "Pengikut atau Anggota" satu-satu aliran atau kumpulan, contohnya dalam firman Allah: "Hai Ahli Kitab! Mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui kebenarannya". (QS. Ali Imran, 3:70)
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya". (QS. Taha, 20:132)
AS-SUNNAH
Menurut bahasa: "Tariqah" (الطريقة) "Jalan" [1] atau sirah (السيرة) "Sirah". [2] Sebagaimana yang dikatakan: "As-Sunnah ialah jalan, sama ada yang terpuji (baik) atau yang keji (jahat)". [3]
Menurut syara: "Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda berkenaan akidah dan amal". [4]
atau: "Cara (jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam yang dibina (diambil) dari kitab Allah Ta'ala (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para sahabat sekalian yang telah diijmakkan oleh mereka". [5]
AL-JAMAAH
Diambil dari kalimah (الجمع) yang boleh diertikan sebagai berikut:
"Mengumpulkan atau menyatupadukan yang berpecah-belah". [6]
Al-Jamaah juga menunjukkan perkumpulan manusia yang bersatu untuk tujuan yang sama. [7]
Golongan terbesar atau yang paling ramai (السواد الاعظم) dari kalangan umat Islam. [8]
Golongan para ulama yang mujtahid. [9]
Setiap Umat Islam yang bersatu di bawah satu amir (pemerintah Islam). [10]
"Secara khususnya Al-Jamaah ialah para sahabat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam." [11]
Sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam: "Hendaklah kamu kembali kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku". [12]
Setiap mukmin yang mengikut kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam [13]
"Al-Jamaah: Iaitu serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku" [14]
"Al-Jamaah ialah apabila (engkau) mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan)." [15]
"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu". (QS. Al-Baqarah, 2:147)
"Jamaah" ialah: "Mereka yang tergolong dari kalangan para sahabat kerana mereka sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan golongan yang teramai (السواد الاعظم) mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak". [16]
[1] Lihat: لسان العرب - مادة (سنن)
[2] (1). مختار الصحاح Hlm. 133. ar-Razi. (2). Inilah takrif yang diberikan oleh Ibn Athir dalam النهاية فى غريب الحديث قى مادة : (سنن) Jld. 2. Hlm. 409.
[3] Lihat: لسان العرب - مادة (سنن)
[4] لمعة الاعتقاد الى سبيل الرشاد Hlm. 40. al-Uthaimin.
[5] اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى Juz. 1. Hlm 21. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.
[6] (1). منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى Juz. 1. Hlm. 20. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.(2). القاموس المحيط . مادة : (حمع) Hlm. 917. Al-Fairuz Abadi.
[7] (1) مجموعة فتاوى Jld. 3. Hlm. 157.(2). المعجم الوسيط . مادة : (جمع) Jld. 1. Hlm. 135.
[8] H/R At-Tabari dalam "Al-Kabir" (1/320).
[9] (1). Kata-kata 'Amru bin Qais dalam الابانة. Jld. 2. Hlm. 492. Ibn Battah (2). Perkataan Bukhari di dalam sahihnya (13/328). (3). Turmizi (4/467).
[10] الاعتصام Jld. 2. Hlm. 263. As-Syatibi.
[11] Inilah yang dijelaskan oleh al-Barbahari dalam شرح السنةHlm. 22.
[12] H/R Ahmad (4/162). Abu Daud (5/13). Turmizi (7/437) dan Ibn Majah (1/15).
[13] شرح السنة Hlm. 22. Al-Barbahari.
[14] تحفة الاحوذى(7/399-340). Berkata Turmizi: Hadis ini hasan dan gharib. Lihat: سلسلة الاحاديث الصحيحة No. 203 atau 1192. Syeikh Al Albani.
[15] Riwayat Baihaqi. al-Madkhali. الحوادث والبدعHlm. 22. Abu Syamah.
[16] اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى Juz. 1. Hlm. 23.
-
16 likes, 1 dislikes
9:16
Manhaj Salaf Akidah Salaf (6/8)by nasiruddien13,546 views
9:16
Manhaj Salaf Akidah Salaf (2/8)by nasiruddien8,794 views
10:27
Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf (2/5)by nasiruddien51,425 views
9:12
Akidah Syeikh Abd Qadir Al-Jailani (4/6)by nasiruddien6,352 views
10:54
Mereka Bertanya Tentang Manhaj Salaf 4by abu0hasan8,245 views
9:12
Akidah Syeikh Abd Qadir Al-Jailani (5/6)by nasiruddien7,561 views
10:33
Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah (2 of 4)by wakchanglun25,037 views
9:04
Panduan Solat Rasulullah (8/12)by nasiruddien23,814 views
9:55
Mereka Bertanya Tentang Manhaj Salaf 1by abu0hasan29,706 views
9:20
Hukum Demonstrasi BERSIH (1/9)by nasiruddien6,467 views
9:58
Hati Yang Tercemar 1 dari 7by IlmuTazkirah1,684 views
9:12
Akidah Syeikh Abd Qadir Al-Jailani (2/6)by nasiruddien12,541 views
8:59
Isu Tahlil? Imam Syafie & Syafi'eyyah Wahabi?by ibnyusuf72,176 views
1:36
Salafis Are Ahl us-Sunnah wal-Jama'aah | الشيخ صالح الفوزانby thesalafi10,998 views
9:15
Manhaj Salaf Akidah Salaf (1/8)by nasiruddien13,685 views
0:41
Salafis: Following the 4 Imamsby binbaaznajdi55,859 views
11:00
Siapakah 12 imam/ Who are The 12 imamby paan852,791 views
9:13
Definisi Negara Islam / Mengkafirkan Pemerintah Islam (1/3)by nasiruddien20,674 views
4:05
السقاف يثني على المعتزلة ويتآمر مع الشيعة في غرفة خاصةby dimashqiah23,714 views
0:31
BAHASA ARAB PRAKTISby ibemaja17,763 views
- Loading more suggestions...
All Comments