Aqidah Ahli Sunnah wal Jemaah:
PENGERTIAN ISLAM & IMAN
Sumber mengenal Islam dan iman adalah dari al-Quran dan as-sunnah sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagi kamu berpegang dengan keduanya, kamu tidak akan sesat buat selamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku. Tidak akan bercerai-berai sehingga keduanya menghantarku ke telaga di syurga". (Disahihkan oleh Al-Albani, Al-Jami')
"Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam" (Ali Imran. 3:19)
"Sesiapa yang mencari selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" (Ali Imran. 3:85)
"Dan aku diperintahkan supaya (menjadi seorang Islam) tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam" (Al-Mukmin. 40:66)
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya!" (Al-Baqarah. 2:208)
"Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu" (Al-Maidah. 5:3)
Terima kasih ustaz...
thamozaURD 8 months ago in playlist Pengertian Islam & Iman
Nabi Adam Islam ke bukan. Al Quran dan Hadis Nabi lahir selepas zaman Nabi Muhammad
empattigaduasatu 2 years ago