Uploaded by nasiruddien on Sep 11, 2007
Sesebuah negara, walaupun bermasyarakat majmuk dan mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, namun apabila majoriti rakyatnya beragama Islam, dipimpin oleh penguasa yang beragama Islam, keselamatan, kekuatan dan pertahanan masih dikuasai oleh pemimpin Islam, pemimpinnya masih mendirikan solat, laungan suara azan masih terus berkumandang dan penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin, maka ia dinamakan negara Islam.
Petanda negara Islam yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dan Imam Ahmad yang disebut di atas, dalilnya diambil dari beberapa buah hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!)? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu". (H/R Muslim 6/23)
Dengan penjelasan hadis ini, menurut perspektif ulama Salaf as-Soleh dan Ahli Hadis, suatu negara dinamakan negara Islam apabila tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan. (Al-Manhaj as-Salafi inda Nasruddin al-Albani, p.215. Amru Abdul Mun'im Salim)
Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam memeranginya dengan pedang (haram menjatuhkannya).
Dalam konteks ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menyeru agar bersabar terhadap pemimpin dan penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama, sekalipun tidak berhukum dengan hukum Islam, kerana petanda dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda:
"Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat". (H/R Ahmad, 5/251)
Hadis ini membuktikan bahawa tidak boleh dihukum kafir setiap individu atau pemimpin jika masih mendirikan solat. Dan sesebuah negara dinamakan negara Islam jika masih terdengar suara azan, solat masih didirikan dan dikuatkan lagi jika majoriti rakyatnya beragama Islam kerana hadis di atas menjelaskan: "Dan (tanda) terakhir adalah solat".
Al-Ismaili rahimahullah berkata:
"Kaum Salaf berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)". (Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, p.50)
Para pemimpin adalah penguasa yang mampu menggunakan kuasa mereka melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip siyasah as-syariyah. Para ulama pula adalah terminal ilmu yang mampu dan diberi mandat membentuk akidah dan pemikiran ummah ke arah pemahaman siyasah Islamiyah (siyasah as-syariyah yang lebih berdisiplin lagi profesional. Ulama telah diwajibkan oleh syara bekerjasama dengan pemimpin. Dipikulkan ke atas mereka tanggungjawab sosial mentarbiyah ummah agar mentaati pemimpin demi mengelakkan perpecahan serta menghapuskan fitnah di kalangan masyarakat. Maka sesebuah negara itu dinamakan negara Islam apabila ulama dan umara (pemimpin) bekerjasama membangun rohani dan jasmani, fizikal dan mental serta untuk pembangunan dunia dan akhirat.
Penamaan negara atau negeri Islam bukan hanya menerusi perundangan, hudud atau peraturan jenayah (kriminal). Malah meliputi bidang-bidang dan aspek yang luas. Khalifah Umar bin Khattab radiallahu 'anhu berkata:
"Wahai rakyatku! Kamu mempunyai hak ke atas kami untuk menasihati pada perkara-perkara yang kami tidak ketahui, dan hendaklah kamu saling membantu (tolong-menolong dan bekerjasama) dalam kebaikan". (Lihat: Az-Zuhud 2/602, Hannad.)
Tiga perkara yang ditekankan oleh Khalifah Umar untuk membangun ummah dan daulah Islamiyah, iaitu:
1. Merialisasikan hak individu terhadap pemerintah.
2. Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui.
3. Saling membantu dalam kebaikan.
Perkara kedua yang disebut oleh Khalifah Umar dalam kata-katanya di atas: "Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui". Ini merupakan suatu konsep untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat secara bermuzakarah, bermusyawarah dan berlapang dada. Ia menjadi gagasan membuka minda dalam usaha merialisasikan sebuah negara Islam. Iaitu negara Islam yang membangun bersama rakyat untuk mencapai kemakmuran dan keharmonian.
-
26 likes, 1 dislikes
8:55
Panduan Solat Rasulullah (3/12)by nasiruddien30,366 views
0:21
Pesantren zaytun dan BINby ajicemerlang17,140 views
3:17
Konsep Khilafah dalam Islam 08by faridmsn7,371 views
2:32
Hukum Menyapu Muka Selepas Salam.by UniSainsMalaysia82,948 views
9:33
Indonesia Bukan Negara Islam - Film Dokumenter Pendekby jasoniskandarfilm74,101 views
0:57
sheikh ibn baz & ali halabi on al-albaaniby messageOFmessengers26,219 views
8:01
TUJUH PEMIMPIN BESAR NEGARA INDONESIA DAN MALAYSIAby gayong134,588 views
6:31
negara islam indonesia faksi alzaytun...TVOne telusur 3by kensetia8,210 views
4:49
TERBARU: DAP sokong Anwar, tolak negara Islam!by passedar16,554 views
3:52
Re: Haram memerangi pemerintah selagi solatby barakukaku33,250 views
0:59
Negara islam Indonesia ( Metro Tv Balitbang Depag )by kensetia4,737 views
10:56
SERONOKNYA MENYANYI DAN MENARI BERSAMA SUFI REMPIT HABIS- BESTT GILAby tajdidsegar154,022 views
6:39
Keganasan PAS di Kuala Terengganu Batu Burokby rusuhankt200764,053 views
4:10
Mengenali Pedang-Pedang Rasulullah SAWby HardaHCS49,428 views
10:02
Mengapa saya menulis tentang Ikhwanul Muslimin (3/5)by nasiruddien18,008 views
8:49
Fakta Pesantren Ma'had Al-Zaytunby niikw934,445 views
2:02
kholilridwan tokoh syariat islam (1)by kaosputih3,920 views
0:55
Mahad al-zaytun NIIK W9 & BIN Badan Intelgen Negaraby ajicemerlang25,589 views
0:39
negara islam indonesia faksi alzaytun.. TV oneby kensetia8,419 views
2:53
Islam Radikal mengancamby adasba29,190 views
- Loading more suggestions...
ustaz ini memberikan dalil berdasarkan hadis yang shahih dan al quran....wajib kita percaya....kalau masih lagi ragu2 check balik hadis rasulullah saw....sememangnya kata2nya benar
daniaberlina 6 months ago
@50keris
ok...walaikumsalam, maasalamah
DesperadoBlues 8 months ago
Tidak ada dlm mana manuscript pas yg mengatakan pas memperjuangkan penubuhan negara Islam daan hudud...ini diakui sendiri oleh nizar masa dia jadi mb boneka dulu...
ukaragen 9 months ago
@DesperadoBlues
Minta Maaf la pasal semua komen saya tak baca bagaimanapun kadang2 saya jadi marah bukan apa susah betul nak dapat buku negara islam ini.
kalau buat kajian sedikit diblog2 pimpinan PAS atau website rasminya pun takda sedangkan diwar2kan sebagai perjuangan mewujudkan negara Islam.
Sekali lagi minta maaf.
50keris 1 year ago
@50keris
Tapi dlm kita asyik dgn statement negara ni dah islam, msih juga byk bayi tk brdosa dbuang n dbunuh serta gejala sosial lain yg smakin brtmbh. Nak slesaikn masalah ni mcm mana klu method pnyelesaiannya bracuankn kebaratan..Wallahualam
Aku tk interested pasal definasi negara islam antara dua pihak ni. yg aku interested shingga tergerak hati utk aku brkongsi komen adalah perihal akidah bilamana kita menidakkn sesuatu hukum.
DesperadoBlues 1 year ago
@50keris Selain tu ulama2 kerajaan kata Islam bukan hanya dalam pelaksanaan syariah smata2..Klu ikut pas pula, negara blm lagi Islam sbab hukum (undang2) Islam blm trlaksana. Hukum Islam maknanya hudud la tu klu kau msih tk paham2.
Jadi itu definasi negara Islam dari 2 pihak ni, trserah pada mereka la dlm mnunaikn kwajibn sbagai pemerintah. kwajibn kita sbagai rakyat (sama ada bayar cukai atau tak) adalah dlm memilih pihak yang kita rasakan benar dlm konteks plaksanaan system Islam.
DesperadoBlues 1 year ago
@50keris
aik! komen aku mrujuk kpd psoaln akidah yg dsentuh olh EnGanas dlm hal "menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal" yg mana prbuatn ini tanpa dsedari (memang ramai tak sedar pun especially org2 bsr kita sndiri) blh mrosakkn akidah. rosak akidah klu smpat taubat alhamdulillah, klu tk smpat taubat mati dlm kekufuran la jwbnya nauzubillah..
Perihal negara Islam pula, klu ikut krajaan, negara dh Islam pn sbab pmerintahnya mrupakn sorang Islam & mjoriti pnduduk bragama Islam
DesperadoBlues 1 year ago
@EnGanas
betul tu bro....kesimpulannya, menghalalkan apa yang haram, dan mengharamkan apa yang halal secara automatikkan akan menjadikan seseorang itu kafir. Aku bagi contoh, "menganggap judi itu halal" ha strait jadi kapir hehe
DesperadoBlues 1 year ago
Definasi Malaysia sebagai negara Islam adalah tepat mengikut tafsiran penceramah. Dengan demikian adalah wajib melaksanakan hukum Islam. Jika tidak pemimpin dan rakyat sama seperti kaum Yahudi.
getaranjiwaramlee 2 years ago
Powerful poison!
StratoV2 2 years ago