AKU DALAM SANGKAR DOSA!
Karya kumpulan puisi warisan UTM (ciptaan firdaus, syakir dan haziq)
Membuai-buai aku kenikmataan
Dihembus angin hayunan asmara
Begitu asyik kurasa
Begitu nyaman membelai kulitku
Begitu gembiranya aku
Merasai sentuhan kepuasan pancainderaku
Betapa sukanya aku
Dibuai keseronokan duniawi ini
Aku tidak pernah kenal erti penat
Aku tidak tahu erti jemu
Hari-hariku penuh dengan gelodak nafsu
Tiada siapa akan peduli
Tiada siapa akan marah
Kerana aku bebas di dalam sangkar dosa ini
Disinilah aku hidup dengan penuh pancaroba
Air kencing syaitan menjadi minumanku
Perempuan-perempuan cantik menjadi makananku
Aku hanyut dalam buaian sangkar dosa ini
Mendodoiku dengan irama yang sesungguhnya dusta dan palsu
Ingin kutepis tangan itu
Tangan yang bukan menghulur simpati
Tangan yang hanya membawa durjana dan mimpi ngeri
Lonjak kata hati penuh nafsu
Yang disuntik godaan
Biar aku lena disini
Diselimuti kemul empuk bertilamkan bisikan iblis
Tetapi hati kecil ini menjerit dengan suara yang lirih
Sampai kapan inginku
Dibuai nikmat sangkar ini
Syurga kelam yang dihimpit dosa
Dilimpahi rakus insan yang sering leka
Dipenuhi dengan sisa-sisa kesilapan semalam
Yang kian hanyut dalam gelora jiwa
Sedetik berlalu dan kini
Aku sedar dalam gundah
Mendengar kalammu, TUHAN
Tersentuh jiwa dan ragaku
hatiku ingin bertahajud
Tubuhku ingin bersujud
Aku terpatah akan keagunganmu, YA ALLAH
Aku rindukan kasih sayang-MU
Aku perlukan belas kasihan-MU
Sucikanlah setiap madah
Peliharalah kedua tanganku ini
Dari menyentuh najis maksiat di dalam sangkar dosaku ini
Bersihkanlah mindaku dari segala kekotoran
Peliharalah langkahku dari terjerumus ke lembah kehinaan
Ya ALLAH , Ya TUHANKU
Ku gengam dan ku gegar besi-besi sangkar dosa ini
Agar bisa ia longgar dan runtuh
Akan ku rempuh sepenuh jiwaku
Dengan doa dan harapan
Agar aku bisa keluar
Dan mengenal erti hidup yang sebenar
Dengan panduan dari kalam-Mu Ya Tuhanku
thanks dude.. hrp ko enjoy dengar puisi ni
ilhamkuseni 4 months ago