Bukti dan Contoh Hadis Telah Dicatat Sejak Zaman Nabi s.a.w.

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
676 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on May 6, 2011

http://al-ahkam.net [sm260111]
Dakwaan mengatakan bahawa hadis Nabi s.a.w. ditulis selepas beberapa ratus tahun selepas zaman Baginda s.a.w. adalah dakwaan yang tidak benar. Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a telah dibenarkan oleh Baginda s.a.w. untuk mencatat hadis ketika Baginda masih hidup. Dan catatannya diberi nama as-Sahifah as-Sadiqah.

Manakala Abu Hurairah r.a. juga mencatat hadis dari Rasulullah s.a.w. dan catatannya diberi nama as-Sahifah as-Sahihah.

As-Sahifah as-Sadiqah Abdullah bin Amru bin al-Ash kemudiannya telah diriwayatkan oleh anak cucunya. Periwatatan ini dapat diperolehi bertebaran di dalam kitab-kitab induk hadis. Contohnya riwayat: Dari Amr bin Syuib, dari ayahnya, dari datuknya.. Ia bermaksud dari catatan berkenaan.

Hadis dari catatan as-Sahifah as-Sahihah Abu Hurairah r.a. ialah riwayat dari muridnya iaitu Hammam bin Munabbih, antaranya terdapat banyak di dalam Sahih Muslim. Contohnya bila Hammam bin Munabbih mengatakan: Ini antara Hadis yang Abu Hurairah riwayatkan kepada kami..

Hammam bin Munabbih memaksudkan, hadis berkenaan beliau perolehinya bukan sekadar dari as-Sahifah as-Sahihah sahaja, bahkan beliau dengar sendiri dari mulut Abu Hurairah r.a.

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more