KTR @ Teater PERKAHWINAN (Jakarta) pt 3

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
4,263
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Mar 10, 2008

WALAUPUN demam pesta bola sepak Piala Dunia bermula pada masa itu, namun pementasan teater Perkahwinan oleh Kelab Teater Rimba Artisukma Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tetap mendapat sambutan hangat ketika dipentaskan di Graha Bhakti Budaya, Taman Ismail Marzuki (TIM), Jakarta, Indonesia pada 8 dan 9 Jun lalu.

Walhal ketika Perkahwinan dipentaskan, penyair terkenal Indonesia W.S. Rendra juga sedang mendeklamasi puisi di pentas bersebelahan.

Namun para peminat teater di Jakarta tidak berganjak dari tempat duduk Perkahwinan. Setelah tirai dilabuhkan penonton tidak keluar panggung, malah terus memberikan penghormatan kepada pelakon dan tenaga produksi yang menjayakan pementasan tersebut.

Ini merupakan kali pertama Teater Rimba UKM melakar sejarah membuat persembahan di TIM, pusat kebudayaan dan kesenian yang popular di Jakarta itu.

Malah sejak 1974, dikhabarkan tiada teater Malaysia mengadakan pementasan di pusat kebudayaan tersebut.

Apa yang menarik ialah teater Perkahwinan ini menggunakan loghat-loghat daerah masyarakat di Malaysia dan Indonesia termasuk loghat Perak, Sarawak dan loghat Kuala Nerang, Kedah.

Walaupun penonton tempatan mungkin sukar untuk memahami loghat yang dipertuturkan itu, tetapi mereka ternyata terhibur.

Bekas Timbalan Naib Canselor UKM, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh yang juga Ahli Parlimen Grik menyifatkan peluang yang diberikan oleh TIM untuk Teater Rimba mempersembahkan Perkahwinan mencerminkan bahawa teater dari Malaysia boleh mendapat tempat di hati rakyat di Indonesia.

Ia bukan sahaja akan menjalinkan hubungan kedua-dua negara melalui kesenian, tetapi lebih penting membuktikan UKM mampu melahirkan pelakon teater yang bersifat glokal walaupun mereka bukan dari kalangan penuntut jurusan kesenian.

Teater Rimba yang ditubuhkan pada 1992 terus aktif hingga kini dan mencipta nama setelah menerima beberapa anugerah termasuk Pelakon Wanita Terbaik (Yuhana Mohd. Yusof) melalui teater Abyss di Pekan Teater Peringkat Kebangsaan pada 1993, johan Pekan Teater Kebangsaan dan Selangor pada 2000 menerusi Patung-Patung serta Anugerah Pengarah Terbaik.

Salah seorang ahlinya, Noor Faliza Hanim pernah menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Selangor dan Pelakon Pembantu Terbaik pada 2004 dan 2005.

Media-media cetak utama di Indonesia turut memuji kemampuan Teater Rimba kerana berjaya mementaskan sebuah kisah yang unik. Kebolehan pelakon-pelakon Perkahwinan yang menjiwai watak-watak masing-masing dengan berkesan hingga masa dua jam persembahan itu dirasakan begitu cepat berlalu.

Syabas kepada Teater Rimba UKM dan pengarah Perkahwinan, Mohd. Diani Kasian (Bong Kancil) kerana berjaya mengibarkan semula bendera Malaysia di TIM.

Teater Perkahwinan karya Nikolai Gogol merupakan sebuah teater komedi romantik berbentuk realisme yang mengetengahkan isu kahwin sebagai pokok persoalan individu.

Apa yang menarik muzik latar yang diselang seli dengan lagu Apa Dah Jadi, nyanyian Tan Sri S.M. Salim begitu menambat hati penonton hingga menggerakkan mereka bertepuk mengikut irama lagu itu yang dimainkan oleh para pemuzik Teater Rimba.

Perkahwinan mengisahkan seorang lelaki bujang terlajak bernama Ahmad yang pemalu dan begitu fobia dengan perkahwinan.

Keinginan Ahmad (Aulia Akbari), seorang lelaki keturunan Jawa, untuk menikah tetap meruntun jiwa walaupun dia seorang pemalu dan rendah diri.

Dia telah mengupah seorang ejen pencari jodoh bernama Che Kiah (Noo Faliza Hanim) untuk mencarikan wanita yang sesuai dengannya.

Bagaimanapun, Karim (M. Rajan) yang menjadi rakan baik Ahmad tidak bersetuju dengan cara Che Kiah. Dia turut menawarkan Rosefatimah (Syarifah Sakinah Hidayah Syed Ahmad) kepada tiga lagi lelaki lain, iaitu pegawai tinggi bernama Serunding (Anuar Mohd. Zulkifli), pelaut tampan dan gagah Dahlan (Haris Setia Bangsawan) dan Arjuna (Mohd. Hafiz Hasbullah), seorang pereka fesyen yang berwatak lembut.

Rosefatimah yang hidup mewah, bagaimanapun, sukar untuk membuat pilihan calon suaminya di kalangan empat lelaki yang diperkenalkan oleh Che Kiah.

Akhirnya Rosefatimah membuat keputusan untuk memilih Ahmad. Ketika persiapan pernikahan dijalankan, Ahmad terus dilanda perasaan takut untuk menghadapi kenyataan hidup. Dia akhirnya mengambil keputusan terjun melalui jendela dan hilang

Category:

Entertainment

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • atas masalah compressing..tdapat masalah lip sync sket kt video ni

Loading...
Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more