KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Sembilan hari sebelum pemilihan Umno pada 26 Mac ini, politik Malaysia hari ini digemparkan dengan larangan bertanding jawatan timbalan presiden parti yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung amalan politik wang.
Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden Umno, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.
Pengerusi Lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan bahawa lembaga itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, bersalah mengikut perkara yang sama tetapi beliau hanya diberi amaran.
Link to this comment:
All Comments (0)