Kalimah Syahadah YANG DIGELAR QADIANI

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
22,594
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Aug 6, 2010

AINUL YAKIN : +60132066865
Jemaat Ahmadiyah dituduh memiliki kalimah syahadah yang berbeza oleh para ulama. Kini Allah swt membongkar pembohongan dan fitnah para ulama tersebut bagi menyempurnakan sabda Nabi Muhammad saw bahawa "
"Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga" (Baihaqi).


Definisi Islam Versi Rasulullah saw

Yang jelas, isu mengkafirkan ini memberi gambaran yang sangat buruk kepada Islam dan menyebabkan pelbagai pihak tidak tertarik kepada Islam. Apakah Allah swt tidak berhak untuk murka terhadap kesalahan seperti ini? Jika diperhalusi, semua masalah ini berpunca apabila ada pihak yang menokok tambah dan membuat definisi sendiri tentang status seorang itu Islam atau tidak tanpa merujuk Al Quran dan Hadis Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw. Dalam hadis Shahih Muslim, Kitabul Iman, Jibril yang datang kepada Rasululah saw dalam bentuk manusia bertanya kepada Baginda saw: "Hai Muhammad! Beritahukanlah kepadaku tentang Islam." Rasulullah saw bersabda : "Islam, ialah hendaknya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Utusan Allah, mendirikan solat, memberikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan beribadah haji ke Baitullah jika engkau mampu menempuh di jalannya. Orang itu (Jibril) berkata "Engkau benar!".

Justeru itu, tiada pihak atau mana-mana ulama sekalipun di dunia yang boleh menokok tambah kepada definisi Islam yang ditetapkan oleh Rasulullah saw. Dengan kata lain, selagi golongan tersebut mengamalkan Rukun Islam yang disabdakan oleh Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw, mereka adalah ISLAM dan tiada sesiapa pun yang boleh mencabut atau melucutkan status tersebut. Oleh itu, janganlah kita terikut-ikut mengkafirkan pihak lain, cukuplah Kalimah Syahadah dan Rukun Islam sebagai panduan untuk menentukan seseorang Islam atau tidak. Ini adalah kerana jika kita mengkafirkan seseorang atau kelompok Islam yang lain, Rasulullah bersabda kekafiran itu akan menimpa diri kita sendiri. Sabda ini memperlihatkan betapa besarnya dosa tersebut. Inilah merupakan kesalahan besar yang dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam, sehingga Allah swt seolah-olah mendiamkan diri daripada mengabulkan doa-doa tangisan mereka yang dilanda pelbagai musibah dan serangan musuh-musuh Islam. Ini adalah kerana sebahagian daripada umat Islam telah mencemarkan agama Islam sebagai agama kedamaian dan mengambil hak Allah swt dengan menyesatkan dan mengkafirkan sesama Islam sehingga berlaku kepada pembunuhan dan kerosakan yang dibenci oleh Allah swt.

  • likes, 5 dislikes

Link to this comment:

Share to:
Safety mode has hidden comments for this video. Show hidden comments
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more