Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

POLIS dikecam kerana tindakan keterlaluan

Loading...

Sign in or sign up now!
190,380
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jun 14, 2008

Oleh: Rusnizam Mahat




Penahanan depan Istana, Ahli Parlimen KeADILan kecam tindakan Polis




POLIS dikecam kerana tindakan keterlaluan dan sikap agresif mereka menahan enam individu termasuk tiga Ahli Parlimen KeADILan kerana menghadiri satu himpunan aman di hadapan Istana Negara pada 14 Julai lalu.

Himpunan anjuran barisan bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tersebut diadakan sebagai memenuhi hasrat 17 kanak-kanak yang terdiri dari anak-anak tahanan ISA yang ingin menyerahkan hadiah kepada Yang Di Pertuan Agung sebagai simbolik sempena hari bapa.

Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin adalah antara dua individu terawal yang ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi ketika menunggu kehadiran bas yang membawa kanak-kanak itu tiba di perkarangan Istana Negara.

Selain itu, Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, penasihat undang-undang Hindraf N. Surendran, aktivis Hindraf Loude mary dan pembantu khas kepada Zuraida Kamaruddin, Salmah Ismail turut ditahan oleh Polis atas alasan keselamatan.

Kesemua mereka yang ditahan di bawa ke Balai Polis Brickfield untuk disoal siasat dan didakwa kerana menganggu tugas Polis. Mereka kemudian dibebaskan kira-kira pukul 12.45 tengah hari setelah membayar wang ikat jamin.

Mengulas penangkapan itu, Sivarasa berkata beliau merasa kesal dengan sikap keterlaluan Polis terutama Ketua Polis Daerah Brickfield (OCPD), Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berhubung penahanan tersebut dan berkata penahanan itu adalah tidak sah mengikut undang-undang.

"OCPD Bari berkelakuan tidak terkawal dan keterlaluan. Beliau juga mengarahkan pelancong untuk keluar dari perkarangan istana atas alasan keselamatan. Apabila ditanya apakah asas 'keselamatan' itu, beliau enggan menjawab" katanya.

Katanya, tindakan Polis itu memburukkan imej Polis kerana ramai pelancong yang datang untuk berkunjung ke Istana Negara pada masa kejadian.

"Apa yang jelas tindakan Polis ini mencemarkan imej negara di mata pelancong asing" ujarnya.

Beliau berkata Polis juga tidak menghormati hak rakyat untuk mengunjungi Istana dan menyifatkan tangkapan itu dibuat berdasarkan kepada tekanan politik.

"Kita dapat melihat dengan jelas bahawa Polis membuat keputusan kerana desakan politik" katanya.

Zuraida Kamarudin berkata, beliau mengecam tindakan Polis terutama OCPD Bari yang tidak bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai seorang yang mempunyai jawatan tinggi dalam Jabatan itu.

"Beliau terpekik-terlolong di kawasan Istana negara dengan menghalau pelancong serta bercakap dengan suara yang kuat." Katanya.

Penyelaras Hindaf, S. Jayathas berkata, beliau merasa kecewa dengan tindakan Polis menahan mereka yang datang untuk memberikan sokongan dalam perhimpunan tersebut.

Katanya, mereka yang hadir dalam himpunan itu tidak melakukan sebarang keganasan dan sekadar menunjukkan sokongan kepada anak-anak tahanan ISA yang ingin memberikan hadiah kepada Yang Di pertuan Agung.

Menurutnya, HIndraf tidak akan berputus asa dalam meneruskan perjuangan bagi menuntut supaya tahanan ISA dibebas dan akta berkenaan dimansuhkan.

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 19 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (924)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • go fuck the stupig

    

  • ganster malaysia polis

  • ikut org atasan konon.

  • sial polis... 

  • baik betul polis malaysia...kalau kat thailang or singaporang..dah mampus kena temabk org yg tak reti bahasa mcm ni.....tq PDRM..

  • syabas polis..jgn lyn org giler..;)

    

  • bagus2 polis yang menjalankan tugas biar bertegas jgn layn org yg akan mendatangkan masalahhhhhhhhhhhhhhhh tahniah pada PDRM mula2 lembut dah naik muke halau jerrrrr trsssss

  • Polis menjalankan tugas dia dah betul lah tu...kalau kite jadi polis pun kena ikut arahan atas...pe boleh buat check and balance lah...

  • Tak payah berteriak dengan suara keraslah. Polis Diraja Malaysia mencermin anggota yang tidak ada otak dan professional.

  • Oh macam haiwan. Apakah Polis Diraja Malaysia ini malikat kiri dan kanan. Mungkar dan Nakir.

View all Comments »
Loading...

0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more