Uploaded by BHonline1 on Apr 1, 2010
Terima kasih artis, peminat
DEK kerana ramainya artis yang menjayakan acara persembahan siri jelajah di Klang Parade, ia berlanjutan dari jam 3 petang sehingga hampir 9 malam. Acara berhenti rehat sebanyak dua kali, bagi menghormati waktu Asar dan Maghrib. Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada artis yang terbabit kerana komitmen terpuji mereka bagi menjayakan acara ini. Kepada peminat pula, sokongan mereka sememangnya sangat dihargai.
ANTARA adegan paling kelakar juga pada acara kali ini ialah apabila penyampai Hot FM, Leya, mengenakan rakannya, Faizal, menerusi soalan spontan kepada peminat. Tanya Leya, apakah benda paling bersinar di pusat beli-belah itu pada hari terbabit. Ramai-ramai menjawab, kepala Faizal, yang sememangnya dicukur botak.
SEBAHAGIAN artis terus membawa cenderahati buat peminat mereka. Liyana Jasmay contohnya mengagihkan baju-T, manakala Isma menghadiahkan peminat yang menari dengannya CD mengandungi lagu terbaru, manakala Fizz Fairuz berbelanja sakan mencetak poskad untuk diagihkan kepada khalayak. Kata mereka, setidak-tidaknya mereka mahu berkongsi sesuatu dengan peminat.
SEWAKTU Aril menyampaikan lagu popularnya, Menatap Matamu, dua calon Artis Komedi Wanita Popular, Didie Alias dan Enot, turut menyanyikan sama lagu itu di belakang pentas, menggunakan suara kartun.
DIRA terus menjadi mangsa usikan Fizzo, Along, Nabil dan Zizan, apabila mereka mengetahui pelakon wanita itu kuat melatah. Ada saja peluang, teruk Dira didera empat jejaka berkenaan. Nasib baiklah Dira seorang artis yang sporting.
KEADAAN agak kecoh seketika di tingkat satu pusat beli-belah Klang Parade, ketika Jaclyn Victor mengadakan persembahan. Rupa-rupanya, akibat begitu ramai peminat, keadaan di bahagian tangga bergerak menjadi sesak, menyebabkan beberapa peminat rebah. Nasib baiklah ia cuma berlarutan buat beberapa saat apabila pengawal keselamatan mula menyedari kekecohan.
PELAKON Evolusi KL Drift 2, Aaron Aziz, hadir ke Klang Parade dengan bertongkat. Apabila disiasat, pelakon itu sebenarnya tercedera pada bahagian kaki sewaktu melakukan adegan lasak untuk telefilem terbarunya, Santau Keramat. Bagaimanapun, dia tetap datang memeriahkan acara, demi peminat dan ABPBH.
KLANG tentunya lokasi istimewa buat Black dan Meet Uncle Hussain apabila mereka menemui seorang peminat kanak-kanak perempuan, yang menghafal kesemua lagu popular nyanyian mereka. Nyanyian kanak-kanak itu pula mendapat tepukan gemuruh penonton. Besar esok, sah-sah adik kecil itu akan menjadi penyanyi popular sebagaimana idolanya.
PADA siri jelajah ini, Liyana Jasmay dan Taja menerima kejutan terbesar apabila hari jadi mereka diraikan oleh ramai rakan artis dan ribuan peminat. Berkebetulan, kedua-duanya dilahirkan pada tarikh acara siri jelajah ABPBH 2009 berkenaan dilangsungkan.
28 Mac 2010
www.bharian.com.my
-
2 likes, 0 dislikes
7:35
ABPBH2009: Jeritan peminat di Plaza Angsanaby BHonline14,829 views
4:41
nek usu melatahby andiazrul29,321 views
2:46
Nenek melatahby GhettoYaya21,121 views
0:37
CtNaz Wedding-Melatah Brideby faidiyana295,269 views
6:46
Temubual Eksklusif Liyana Jasmay sempena Hari Ibuby hmetromy13,746 views
0:32
Di Sebalik Tabir Pisau Cukur - Aaron Azizby redcommfilms58,212 views
6:47
ABPBH2009: 4,000 serbu Village Mallby BHonline118,381 views
24 videos

best punyEE
2:42
Jasmine and Aaron Aziz Singing duets.by deathknight3000297,511 views
9:43
ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popularby BHonline151,823 views
3:00
auntie melatahby phateen200427,080 views
9:55
Temubual Eksklusif Datuk Siti Nurhalizaby hmetromy31,331 views
0:50
YONG YANG MELATAH PART 3by raymertm18,860 views
0:48
Aaron Aziz's Shoutout to Singapore fans (July 2011)by syafiqahfarid5,234 views
9:33
Itu Dia - EP1 P1/3by blinkyastral4,608 views
5:51
Dato Siti Nurhaliza (Di Taman Teman) : ABPBHby kiedd0446,391 views
3:20
Stacy - Gagap @ ABPBH 2008(Part 2)by niagatenet13,966 views
5:01
King of melatahby wafrimostwanted164,396 views
1:55
Zizan Razak (Raja Lawak) with Hilmy Ashley, Emcee & Dance Battle with Hairie,Riot KOOL@Istana Budayaby HilmyAshleyTV143,083 views
5:29
Jelajah ABPBH 2010: Bahang Shah Alamby NSTPonline11,502 views
1:38
evolusi kl drift 2 with lyricsby mafnanfahmi57,153 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)