Dalam Islam, tahnik ataupun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Nabi saw yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir.
Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan (dlm masa 7 hari) akan disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam. Ia boleh dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan, kerana anak-anak yang lahir di zaman Nabi Muhammad saw membawa anak-anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh baginda.
Di antara hikmahnya ialah menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu.
dan dapat mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah-mudahan kanak-kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa.
subhanallah...
kahfirazzaq 4 months ago