Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Malam Gema Puisi Gaza

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
3,236
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jun 10, 2010

PETALING JAYA, 10 Jun - Lebih 20 peserta termasuk personaliti media, sastera serta hiburan meluahkan kebencian terhadap kekejaman Israel dan menyokong perjuangan rakyat Palestin secara puitis dalam Malam Gema Puisi Gaza di Sri Pentas, di sini, malam tadi.

Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Datuk Johan Jaaffar membacakan puisi berjudul, Gurindam Orang Yahudi, manakala Pengarah Eksekutif Berita dan Editorial MPB, Datuk Ahmad A Talib, mendeklamasikan Aku Rindu pada acara yang turut dihadiri Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Malam puisi itu turut disemarakkan dengan bacaan puisi personaliti dan penyair, iaitu Zainal Arifin Ismail, Ahmad Fetri Yahya, Sharifah Nur Syed Ali, Hazrena Kassim dan Khairunnasriah Abd Salam. Antara artis yang menyampaikan puisi dan lagu puisi ialah Dr Fazley Yaakob, Nash, Farah Asyikin dan peserta termuda Akademi al-Quran, Muhammad Ahmad Zahid.

Deklamasi puisi itu sebagai luahan kemarahan mereka terhadap serangan tentera Israel terhadap kumpulan misi kemanusiaan, Freedom Flotilla ketika menghantar bantuan ke Gaza, minggu lalu.

Malam Gema Puisi Gaza anjuran program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) TV9 itu akan disiarkan dalam rancangan berkenaan pada 11 Jun ini antara jam 8 hingga 10 pagi.

- Berita Harian

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • bagi link utk full bacaan ni.. tq..

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more