PU'ER, 12 hb Jun 2011, Ahad - Seawal jam 8.00 pagi semua anggota konvoi telah berada di atas bus khas untuk lawatan ke daerah Pu'er yang terletak 120 km ke utara, perjalanan ke arah Kunming. Program pada hari ini ialah melawat kawasan penanaman teh dan salah sebuah mesjid.
Perjalanan kali ini harus menaiki bus khas dan bukan berkonvoi dengan kenderaan. Ini adalah kerana permit konvoi JWJ2 ini hanya setakat di Jing Hong dan bukan sehingga ke Pu'er. Pu'er adalah lokasi tambahan apabila anggota konvoi mendapat tahu bahawa terdapat sebuah mesjid yang berusia hampir 400 tahun di sana.
Cukup menarik apabila kami tiba dan beramah mesra di masjid itu, anggota konvoi sempat bermahaban dan disulami pula alunan marhaban oleh imam masjid tersebut dalam bahasa cina. Kami bernasib baik kerana dapat berkomunikasi dengan imam di negara China ini dalam bahasa Arab oleh Pengarah Program, Sdr Zaid dan beberapa ahli lain yang fasih dalam bahasa tersebut.
Pada malam hari anggota ekspedisis telah berada kembali di bandar Jing Hong dan tidak melepaskan peluang bersiar-siar di 'night market' berhampiran hotel.
JEJAK WARISAN JAWI II - RENTAS 7 NEGARA
http://diari-jwj2.blogspot.com/
http://jwjonline.com/
Link to this comment:
All Comments (0)