Uploaded by UniSainsMalaysia on Aug 26, 2009
Waktu Lailatul Qadar:
Terjadi dimalam ganjil disepuluh terakhir. Ada yang menyakini Lailatul Qadar tidak terjadi lagi. Inilah pendapat al-Mutawalli dalam At-Tatimmah yang menuduh Lailatul Qadar berasal dari Rafidah. Al-Fakihani pula mengatakan dari Hanafiyah. Ini bertentangan syara kerana Abdullah bin Yahnus berkata:
Aku berkata kepada Abu Hurairah: Mereka menyangka Lailatul Qadar sudah diangkat, Abu Hurairah berkata: Yang mengatakan serupa itu orang yang telah berbohong .
Aisyah radiallahu anha pernah bertanya kepada Rasulullah:
قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ اَرَاَيْتَ اِنْ عَلِمْتُ اَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِمَااَقوْلُ فِيْهَا؟
Aku bertanya: Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui malam Lailatul Qadar, apa harus ku ucapkan pada malam tersebut?.
Zurqani rahimahullah menegaskan tentang hadis di atas ini:
Barangsiapa menyangka Lailatul Qadar sudah diangkat dia telah silap. Kalaulah benar seperti itu, pasti orang-orang beriman tidak diperintahkan mencarinya.
قَالَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ ! اَرَاَيْتَ اِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا اَقُوْلُ ؟ قَالَ : قُوْلِيْ : اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ Berkata Aisyah: Wahai Rasulullah, apa yang aku katakan jika aku menepati Lailatul Qadar? Katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Maaf, maka maafkanlah aku!.
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ اْلاوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.
"Pilihlah Lailatul Qadar dimalam ganjil disepuluh terakhir".
Imam Syafie rahimahullah berkata:
"Menurut pemahamanku, Nabi setelah ditanya: Apakah mencarinya dimalam ini? Baginda menjawab: Carilah dimalam tersebut".
Ibnu Umar radiallahu anhuma berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
"Carilah disepuluterakhir, jika tidak mampu janganlah tertinggal tujuh hari sisanya". Dari Aisyah radiallahu anha:
Rasulullah bersungguh disepuluh terakhir yang tidak pernah dilakukan diwaktu yang lain". Aisyah berkata:
Jika masuk sepuluh terakhir, baginda mengikat kuat kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan isterinya".
Kedua: Di malam Lailatul Qadar, para malaikat bersama malaikat Jibril turun ke langit dunia :
تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوْحُ
"Turunlah para malaikat dan malaikat Jibril ".
Ketiga: Pengampunan dosa bagi sesiapa yang menghidupkan malamnya dengan ibadah:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِاِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
"Sesiapa bangun dimalam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan ihtisab, diampunkan dosanya yang lalu".
Keempat: Bertadarus (membaca al-Quran), kerana Nabi sallallahu alaihi wa-sallam bertadarus dengan Jibril:
وَكَانَ يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ يَتَدَارَسَهُ الْقَرْآنَ.
"Baginda bertemu Jibril pada setiap malam bulan Ramadan, baginda bertadarus al-Quran dengan Jibril".
Kelima: Syaitan dirantai. Pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka:
اِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ اَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ النِّيْرَانِ ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ
"Apabila datang Ramadan, dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan".
-
2 likes, 0 dislikes
8:11
Puasa dan Imsak Menurut Sunnah Siri 10by UniSainsMalaysia1,873 views
7:31
Puasa dan Imsak Menurut Sunnah siri 8by UniSainsMalaysia1,465 views
12:16
Malam Lailatul Qadar: Apa Maksudnyaby maulanaasri26,403 views
4:54
Mutiara Ramadhan bersama Pusat Islam UTM (Menghidupkan malam Lailatul Qadar)by ctlutm2911 views
10:37
Quraish Shihab - Tafsir Al Misbah Surat Al Qadr 1by hafidzaini9,078 views
8:11
Puasa dan Imsak Menurut Sunnah Siri 14by UniSainsMalaysia946 views
7:31
Puasa dan Imsak Menurut Sunnah siri 3by UniSainsMalaysia2,391 views
3:54
Hijjaz- Rahmat Ramadhanby chaqktt71,253 views
7:17
Pengajian KH. ZAINUDDIN MZ. " Taubat " 1 of 7by k0y0tae1978215,459 views
0:31
PPP Lailatul Qadr YouTubeby Rathcom915 views
8:11
Puasa dan Imsak Menurut Sunnah Siri 13by UniSainsMalaysia995 views
10:25
Apa itu Islam dan Iman (2/4)by nasiruddien5,388 views
2:35
cahaya turun di ka'bahby aryiakemuning13,424 views
2:24
Kisah Nabi - Pertanyaan yang membenarkanby bizcom39199,827 views
4:23
Selawat Ummiyiby ibnuhussin834,562 views
1:28
peristiwa aneh shah alamby marangkerapu200244,584 views
7:18
Juz 1 (#1) - Al Fatihah - Al Baqarah 1-25 by Syeikh Juheny (IPH's video collections)by imamph19,590 views
2:35
Malaikat turun ke ka'abahby fadzly8922,065 views
8:11
Puasa dan Imsak Menurut Sunnah Siri 9by UniSainsMalaysia3,261 views
0:09
KUASA ALLAH/ Kuasa Allah- Malaikat turun ke Kaabah , Mekahby doomsdaynarrator2342,529 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)