Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Skandal PKFZ - Dr Mahathir akan dipanggil jadi saksi perbicaraan Dr Ling

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
247 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Aug 2, 2011

http://www.jombinabadan.up.to - BERITA HANGAT! Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, membabitkan penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perkara itu berbangkit selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menyoal saksi kedua Datuk Shaari Mahadi berkenaan sepucuk surat bertarikh 29 Jun 2002, yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir, iaitu Perdana Menteri ketika itu.

Selepas mengemukakan soalan kepada Shaari yang juga bekas Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Shah Alam, Abd Majid memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang mendengar perbicaraan, bahawa pihak pendakwaan akan memanggil bekas perdana menteri itu sebagai saksi membabitkan surat tersebut.
Surat yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir itu adalah untuk memaklumkan rundingan antara Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sudah diadakan berkenaan pembelian tanah berasaskan syarat yang dipersetujui JPPH Shah Alam.

Dr Ling, 68, didakwa dengan tuduhan pindaan (pertuduhan utama) menipu Kerajaan Malaysia dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian sekeping tanah yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu bahawa JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp sudah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa dengan dua tuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri berkenaan kadar faedah tambahan itu walaupun mengetahui JPPH Shah Alam sudah mengambil kira kadar kupon/faedah. - BERNAMA

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • Pada zaman British dahulu UMNO meningkatkan semangat rakayat utk menentang pejajah British yg tidak menghormati institusi Di Raja Melayu, mengambil hasil kekayaan negara utk dihantar ke United Kingdom dan menindas rakyat dlm banyak bidang tetapi mereka tidak mengamalkan rasuah. Sekarang rakyat terpaksa berjuang untuk mengatasi masalah rasuah & penyalahguanaan kuasa oleh pemimpin2 UMNO, MCA & MIC! Sayangnya UMNO gagal & rakyat jadi mangsa penipuan PKFZ.& dibebankan dgn masalah penipuan!

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more