Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata dengan wujudnya dwiparti politik kuat iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, telah memberikan peluang kepada BN memulihkan imejnya dan membawa perubahan lebih baik. Beliau berkata dengan perubahan politik selepas pilihan raya umum Mac lalu, BN kini dilihat lebih telus dan komitmen yang diberikan untuk membawa perubahan ke arah kerajaan lebih telus telah dilaksanakan. Antara perubahan yang dibawa BN adalah (pembentangan) Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2008. Malahan BN juga menjalankan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1987 yang memberi lebih kuasa autonomi kepada pihak berkuasa universiti dalam menentukan pengurusan dan pentadbiran institusi masing-masing. Kesemua ini jelas memperlihatkan kekuatan kerajaan BN memperjuangkan kepentingan rakyat walaupun bilangan wakil rakyatnya tidak mencapai dua pertiga ahli Dewan Rakyat, katanya pada Wacana Perdana bertajuk Transformasi Politik Malaysia di Balai Islam
kJ pnakut mcm ni pn ko kata hebat
MAT5283 2 years ago
wah..betul hebat KJ
adenama 3 years ago