Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Video Panas Mesti Tonton 1_mpeg4.mp4

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
20,910
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Apr 25, 2010

MATI DEKAT SANGAT

Kata ulama, jangan tertipu dengan usia muda kerana mati itu tidaklah syaratnya tua. Dan jangan juga tertipu dengan kesihatan tubuh kerana bukanlah sakit saja syarat menyambut ajal.

Kita ini yang salahnya kita selalu tetapkan dalam hati kita begini:

Aku ini muda lagi, mesti lambat lagi akan mati. Baru umur 20 tahun, sekurang-kurangnya ada 30 tahun lagi.

Ataupun kita fikir macam ini:

Aku sekarang ini kan masih sihat. Badan pun tak ada sakit-sakit, takkan dah nak mati pulak.

Sampaikan kita terfikir agaknya malaikat maut itu tersilap kalau mengambil nyawa kita yang sihat sejahtera ini.

Patutkah macam itu?

SENI KEMATIAN


Bila kita sedar yang matinya kita ini tak perlukan syarat, maka di sinilah peluang kita. Peluang untuk memilih cara kita mati.

Sahabat saya sebut seni kematian.

Seni kematian ini sangat menarik. Memang sangat menarik.

Caranya mudah sahaja. Siapa-siapa pun akan dapat, insyaAllah.

Kerana seni kematian ialah kaedah kita memilih cara kita mati.

Begini, ada orang yang hidupnya dilumuri palitan maksiat, maka matinya juga kerana jijiknya kotoran itu.

Kaki judi, akhirnya mati akibat dibunuh lantaran tidak membayar hutang kerana kalah judi. Kaki rempit, matinya pula di jalan raya akibat kemalangan.

Kaki perempuan, kaki botol dan kaki-kaki lain pun sama. Agaknya kaki rokok dan kaki filem dan drama Korea pun termasuk sekali.

Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. Surah Al-Baqarah ayat 95.

CIPTA SENI YANG KITA MAHU



Yang selalu kita laungkan adalah syahid di jalan Allah. Itulah seni kematian yang kita mahukan.

Maka jika kita mahu seni kematian kita namanya syahid, maka bergeraklah.

Bergeraklah ke arah mati yang syahid di jalan Allah.

Pada saya syahid ini maksudnya bukan mesti mati berperang dengan orang kafir. Bukan mesti perlu tadah tengkuk di medan perang sahaja baru dikira syahid.

Tapi pada saya syahid juga adalah orang yang berjuang untuk memastikan kalimah Allah di tempat yang tertinggi.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Musa al-Asyariy, bahawa ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw lalu berkata:

Ada seorang lelaki berperang kerana ingin mendapatkan ghanimah, ada pula yang berperang untuk diingat (kemasyhuran), dan ada pula yang berperang supaya kedudukannya tinggi; lantas siapa orang yang benar-benar berjihad di jalan Allah? Rasulullah saw menjawab, Siapa saja yang berperang untuk meninggikan kalimat Allah, maka ia benar-benar berjihad di jalan Allah.Hadis riwayat Muslim

Jihad kita pelbagai. Apa cara yang mampu, maka di situlah kita berjihad.

Jihad kan asalnya dari perkataan arab, maknanya bersungguh-sungguh. Jadi, siapa bersungguh-sungguh untuk meninggikan kalimah Allah, maka itulah jihad.

Kata kuncinya sungguh-sungguh di jalan Allah.

Boleh kan macam ini?

SOAL MATI TAK AKAN HABIS

Sahabat-sahabat, mati ini perkara pasti.

Kita tak akan jumpa orang yang tak mati sampai bila-bila. Yang ramainya kita jumpa mati tiba-tiba.

Jadi marilah kita bersiap. Mana tahu kita mati hari ini.

Bukannya saya doakan mati hari ini. Tapi inilah kebenarannya.

Mati itu pasti, dan kedatangannya pula bila-bila masa.

Soal mati hanya akan habis bila kita sudah mati.



Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). Surah al-Ankabut ayat 57

Category:

Entertainment

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • betul....

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more