Perjalanan program selama 3 hari di perkampungan Orang Asli di Bera, Pahang sebagai salah satu syarat keperluan untuk kursus GB4114 - Sains Kehidupan dipaparkan dalam bentuk video untuk dikongsi bersama.
Kami ditempatkan di Kampung Jelawat, kira-kira 25 minit jika berkenderaan dari Pos Iskandar, iaitu pusat untuk pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) cawangan Bera dan selama tiga hari itu jugalah kami berpeluang untuk berinteraksi bersama-sama anak-anak Orang Asli di sana.
Projek kami berobjektifkan pendedahan awal dan kepentingan Bahasa Inggeris dalam pendidikan serta halatuju pelajar-pelajar ini selepas SPM.
ne bkn nk wt program,madah pose je y lbeh
ayekize1 8 months ago