Berita Harian menerusi Teknologi akan mengupas dengan lebih mendalam aspek utama dan spesifikasi teknologi yang didatangkan pada N900.
Ciri sistem komputer yang didatangkan pada produk itu sangat dinantinantikan peminat Nokia; susulan pengenalan pelbagai produk seumpamanya di kalangan syarikat pesaing. Internet yang menjadi asas pembangunan N900 itu mampu menarik minat pengguna Internet atau 'kaki Internet'; yang mahukan pelayaran di dunia maya tanpa batasan menyamai sistem komputer peribadi.
Selepas diberi peluang menilai N900, boleh disifatkan kehendak pengguna yang mahukan telefon pintar lebih bertenaga, aspek keupayaan dari segi fungsi penggendali serta aplikasi yang dipertingkatkan dan lebih berani direalisasikan. Ia juga mengetengahkan teknologi sistem penyampaian sambungan lebih cekap menerusi Akses Paket Berkelajuan Tinggi (HSPA) 10/2 dan keupayaan Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN).
www.bharian.com.my
Zef Othman: Terima kasih di atas komen anda...akan perbaiki di masa depan dalam memperkemaskan video kami khususnya selepas siri pertama review produk teknologi.
BHonline1 1 year ago