Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Jangan Pertikai Hak Melayu

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
3,785
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Oct 4, 2010

Kuasa Raja tidak wajar dibahas

Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman

2010/10/05
Ambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim bertitah rakyat tidak mempunyai hak membahaskan kuasa Raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri.

Sehubungan itu, baginda bertitah, Perlembagaan dan undang-undang tubuh tidak sewajarnya ditafsir mengikut selera dan kepentingan individu tertentu selain cuba mengajar Raja mengenai undang-undang kerana Raja sudah dididik mengenai kuasa mereka sejak kecil lagi.

"Belajarlah daripada pe-ristiwa 13 Mei 1969, apabila kedamaian negara tergadai akibat daripada hilangnya sikap toleransi selain wujudnya golongan pelampau yang menjadi dalang merosakkan kedamaian sesebuah negara.

"Oleh itu, kita seharusnya bersikap sederhana dan bertolak ansur jika ingin terus hidup dalam keadaan makmur dalam negara berbilang bangsa ini dan apa yang penting perlu sama-sama berganding bahu untuk terus membangunkan negara," titah baginda pada majlis perasmian Seminar Perlembagaan Malaysia peringkat negeri yang diadakan di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Seminar itu antara lain memberi kesefahaman yang jelas kepada pembuat dan pelaksana dasar peringkat negeri mengenai Perlembagaan Persekutuan supaya segala keputusan dan tindakan yang mereka ambil selaras dengan perlembagaan.

Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan supaya semua pelaksana dan pengamal undang-undang mengambil tindakan selaras dengan Perlembagaan Perseku-tuan selain pihak mahkamah atau badan kehakiman perlu berhati-hati apabila menerima sesuatu kes untuk diadili.

"Kes sensitif yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak, kerana jika mahkamah mendengar kes terbabit dan membuat keputusan, sudah pasti ada pihak tidak berpuas hati. Lebih baik jika tidak dilayan atau ditolak kes sensitif terutama membabitkan kuasa Raja.

"Justeru, sebarang bentuk perbahasan dan pertelingkahan mengenai isu sensitif juga hendaklah dielakkan kerana ia hanya akan menambahkan lagi jurang per-selisihan terutama antara agama dan bangsa," titah baginda.

Category:

Nonprofits & Activism

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (13)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • JGN RISAU BRADER..SELAGI ADA SULTAN DAN RAJA2 MELAYU BANGSA LAIN TAKLEH NAK BUAT APA......DIAORG HANYA BOLEH BERCAKAP JER...IBARAT TIN KOSONG BUNYI BISING BILA DIGONCANG YG ADA SEKETUL BATU DLM NYA.

  • Amatlah bersetuju dgn titah Tuanku Sultan Johor, kalau nak debat pasal kuota masuk Uni, tak perlulah rasanya...Keje swasta pun boleh terjadi ketidakadilan dimana ada sesetengah bangsa dapat keje lebih senang dari Bangsa Melayu. Bukan sebab diorang bagus sgt tapi pasal HOD tu adalah dari 'bangsanya sendiri"...saya penah keje dgn multiraces local n International n dah masak juga dgn fi'il ada satu "bangsa" Malaysia nie. Btw, my friends are from all over races takde mslh boleh lepak minum teh tarik

  • and beza cina ngan melayu..cmon man..kita bley nmpk kenapa melayu yg miskin..walaupun ada hak istimewa..somehow melayu nie xsbrapa pandai chinese ar..sbb cara pemikiran..dgn mlm nye la,pekida nyer la,apa la..kaum lain more focus towards study and money..my advise is..melayu tolong la tgk video kt youtube mahathir kasi speech about melayu mudah lupa..start unk bersaing..jgn paranoid je tp tk buat apa2..berkawan la dgn kawan2 kita chinese and indian..ikut sjarah..malay n cina bkawan sjak dulu lg

  • @epiderm..look tak payah la kita memecah belahkan orang malaysia sendiri..cina malaysia still org malaysia jugak..racist maybe segilintir..setelah mereka rasa diri mereka kena discriminate di tanah air mereka sendiri..posiblity untuk dorang jadi kerek balik mmg ada..skarang nie kita bersatu je no matter what..berkawan je xkira bangsa..igt mcm mana pun kita duduk satu negara..indon tu xhabis2 nk jatuh kan kita..kalau dia betul la nk serang kita..bayangkan kita tak bersatu..

  • @Epiderm tu yg beza nya. Orang Cina kaya, boleh masuk universty sndiri. Berape ramai orang Cina yang masuk IPTS n yg study oversea duit sendiri? Compare dgn Melayu x ramai guna duit sndiri la bro sbb x mampu. Budak2 Melayu masuk universty, Cina ade jatuh miskin? Nah kalau x mengira kaum, ko igt Cina ni nak ke bergaul ngn bdak2 Melayu? Ko xtaw ke bdak2 Cina yg JPA antar oversea jd rasis gle? Bro dlu aku stdy kat France diowg mmg jd racist gle kat oversea. jgn sekali2 percaya Cina.

  • @shahrums Bukan setakat kuota masuk uni dari pre-u tp program pre-u yg berlainan. Bukan bumi biasanya tak layak masuk matrikulasi dan terpaksa melalui STPM yg lebih lama dan berkali ganda susah. Ahli keluarga dan ramai rakan turut kata matriks relek je. Bila dah masuk 1st year barulah terasa susah sgt nak bersaing sbb bukan bumi dah jauh meninggalkan dgn training di STPM dan daya ketahanan yg diperolehi. Baru tau langit tinggi rendah.

  • @Epiderm Memang tak halang sepenuhnya, tapi cuma meletakkan lebih banyak halangan berbanding kaum bumi.

  • @alafuw Kerajaan x halang kaum lain masuk university.

  • Masuk universiti mana ada kuota kaum lagi. Cuba check fakta betul-betul. Sekarang kira merit je la.

  • @RedPlumJam Rasanya ye la, dengar telo pun mcm cina.

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more