Uploaded by nasiruddien on Jul 27, 2009
Menurut Azzarkasy rahimahullah: "Bidaah menurut syara ialah perkara yang diada-adakan yang tercela". (Lihat: الابداع فى مضار الابتداع ، علي محفوظ. Hlm. 22.)
Menurut Imam Syafie rahimahullah: "Bidaah ialah setiap perkara yang bertentangan dengan Kitab, Sunnah, Ijma ulama atau Athar. Maka itu semua dinamakan bidaah yang menyesatkan".
Apabila memahami pengertian bidaah (بِدْعَةٌ) di segi bahasa dan juga syara melalui kesemua istilah bidaah yang telah dikemukakan di atas, tentulah kita akan memahami bahawa bidaah itu hanyalah merupakan perkara-perkara yang direka-cipta semata-mata dan tidak ada contohnya dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, para sahabat, para Salaf as-Soleh atau tidak terdapat dalilnya dari agama Islam (syara) .
Oleh yang demikian, bidaah itu wajib ditolak oleh setiap orang yang benar-benar beriman dengan kelengkapan dan kesempurnaan agama Islam di segenap aspeknya yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan al-Hadis.
Setiap mukmin wajib mengimani bahawa agama Islam ini telah sempurna dan lengkap. Tidak ada kekurangannya. Tidak ada cacat celanya. Terpelihara dari pengaruh negatif dan dari segala jenis pencemaran atau kerosakan. Tiada suatu pun tata-cara ibadah sama ada yang wajib atau yang sunnah, yang jamaii atau fardi yang pernah tertinggal dalam agama Islam yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadis dan yang berautoriti sepenuhnya membentuk hukum-ahkam pada setiap zaman dan tempat. Ini semua telah ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firman-Nya: "Hari ini Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam) dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu. (QS: Al-Maidah. 5: 3.)
Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya: Ayat ini menunjukkan sebesar-besar nikmat Allah Taala ke atas umat ini, yang mana telah disempurnakan oleh Allah Taala bagi mereka agama mereka. Maka mereka tidak memerlukan kepada agama yang lainnya, tidak memerlukan Nabi selain Nabi mereka salawatullahi wa-salamuhu alaihi. Oleh kerana itu dijadikan-Nya sebagai penutup segala nabi, diutus untuk sekalian manusia dan jin, maka tidak ada yang halal kecuali apa yang telah dihalalkan oleh-Nya, tidak ada yang haram kecuali apa yang diharamkan oleh-Nya dan tidak ada agama kecuali apa yang disyariatkan oleh-Nya. (Lihat: Tafsir Ibnu Kathir 2/19.)
-
4 likes, 0 dislikes
9:27
Anda buatlah keputusan sendiri selepas melihat video ini (part 1)by 98hardi38,334 views
9:20
Bahaya Bidaah terhadap Akidah & Ibadah 10/11by nasiruddien1,328 views
10:01
Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (1/7)by nasiruddien138,885 views
10:56
Debat Sunnah - Bida'ah : Sesi Soal Jawab (3/5)by Anamex878,715 views
10:00
Ismail Kamus - Bidaah Dlm Solat (1/7)by ceramahislam84158,616 views
12:41
Anda buatlah keputusan sendiri selepas melihat video ini (part 2)by 98hardi89,746 views
0:37
22. Cara Nabi Ajar Solat? - CMby paradiseewood3,120 views
10:01
Imam Syafie Membahagi Bidaah kepada Dua (Bidaah Hasanah dan Bidaah Sayyi'ah)by salafiseremban5,443 views
9:20
Bahaya Bidaah terhadap Akidah & Ibadah 1/11by nasiruddien5,346 views
9:20
Bahaya Bidaah terhadap Akidah & Ibadah 8/11by nasiruddien1,696 views
9:20
Bahaya Bidaah terhadap Akidah & Ibadah 6/11by nasiruddien2,970 views
7:36
Apa itu wahhabi di Malaysia?by darussunnah34,516 views
9:20
Bahaya Bidaah terhadap Akidah & Ibadah 5/11by nasiruddien2,285 views
9:14
Mencontohi Solat Rasulullah (2-12)by alhadith24,686 views
9:48
Menjawab Tohmahan Ustaz Zamihan Al-Ghari (2/7)by nasiruddien8,007 views
7:54
Hukum Anjing Menurut Syarak (5/7)by nasiruddien3,107 views
10:25
Apa itu Islam dan Iman (2/4)by nasiruddien5,388 views
9:46
Tatacara shalat nabi.flvby wong141110,503 views
5:34
Zikir / Wirid / Doa Lepas Solat (Sembahyang)by bidaahhasanah301,197 views
9:37
Mengenal Kalimah Tauhid 1/14by nasiruddien5,237 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)