YouTube home Comedy Week on YouTube
Upload

Tarikat Sufi/Tasawuf (5/5)

nasiruddien nasiruddien·244 videos
1,248
44,196
Like     Dislike 6

Sign in to YouTube

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to like nasiruddien's video.

Sign in to YouTube

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to dislike nasiruddien's video.

Sign in to YouTube

Sign in with your Google Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to add nasiruddien's video to your playlist.

Uploaded on Sep 9, 2007

Syeikhul Islam Muhaiddin an-Nawawi as-Syafie rahimahullah di dalam kitabnya yang berjudul "Ar Raddatul ar Raudah":

وَمَنْ يَدِيْنُ بِهَذَا فَهُوِ زِنْدِيْق ، اَوْ بِتَعْبِيْرٍ اَدَق : صُوْفِىفَالصُّوْفِيَّةُ مُرَادِفَةٌ لِكُلِّ مَا يُنَاقِضُ اْلاِيْمَان الْحَقّ.

"Sesiapa yang beragama (menganut agama) sufi-tasawuf (yang dipelopori oleh al Hallaj) maka dia adalah zindik, atau dengan ibarat yang lebih jelas : Dia sufis, maka penganut sufi (seperti ini) samalah seperti seseorang yang menentang keimanan". (Burhannuddin al-Baqii,pمصرع التصوف,31)

Imam Syafie rahimahullah pernah memperkatakan tentang kebodohan sufi/tasawuf:

اَلتَّصَوُّفُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْكَسَلِ ، وَلَوْ تَصَوََّفَ رَجُلٌ اَوَّل النَّهَارِ لَمْ يَاْتِ الظُّهْر اِلاَّ وَهُوَ اَحْمَق.

"Tasawuf dibina dia atas kemalasan, jika sekiranya seorang lelaki menganut tasawuf di pagi hari, tidak akan sempai ke Zohor dia akan jadi seorang yang biul/goblok". (Lihat: مصرع التصوف او تنبيه الغبى الى تكفير ابن عربي Bahruddin al-Baihaqi. Tahqia Abdulrahman al-Wakil.)

Dizaman Hasan Basri rahimahullah (21H) lahir seorang yang mula-mula digelar sufi yang pertama, iaitu Abu Hasyim al-Kufi berasal dari Kufah. Dia banyak melahirkan kata-kata yang anih, pelik dan bertentangan dengan naluri manusia dan syara. Dan Imam Syafie rahimahullah terlalu benci terhadap keekstriman, keradikalan dan kezindikan Sufi/tasawuf, beliau berkata:

"Saya meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik (sufi/tasawuf), mereka mengerjakan sesuatu yang baru yang mereka sebut dengan tahlilan". (Lihat: تلبيس ابليس hlm. 370. Ibn Jauzi.)

Amalan Sufi/tasawuf dianggap oleh Imam Syafie sebagai amalan yang fasik dan beliau banyak memperkatakan tentang penyelewengan kaum sufi/tasawuf, antaranya beliau pernah berkata:

"Tiada yang sanggup melakukan amalan itu (sufi/tasawuf dan tahlilan) kecuali orang yang fasik" (Lihat: حقيقةالتصوف وموقف الصوفية من اصول العبادة والدين Syeikh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan.)

Menurut kekarutan Ibnu Arabi lagi di dalam teori wahdatul wujudnya: "Allah itu adalah segala-galanya, tidak ada sesuatu kecuali semuanya itu adalah Allah, oleh kerana itu apa sahaja yang disembah adalah Allah, sama ada berbentuk berhala, patung dan sebagainya kerana itu semua adalah hakikat Allah". (Lihat: مصرع التصوف. Hlm. 49-50. Burhanuddin al-Baihaqi.)

Abu Yazid al-Bustami pula adalah orang sufi pertama yang mempunyai fahaman ittihad dan menyebar-luaskan ajaran ini. Antara kata-kata beliau yang ditentang oleh ulama akidah ialah:

اِنِّيْ اَنَا اللهُ لاَ اِلَهَ اَلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِيْ

"Sesungguhnya akulah Allah, tidak ada Tuhan selain aku, maka sembahlah aku".

Disuatu kejadian pernah berlaku kepada Abu Yazid ucapan yang bertentangan dengan syara:

اَتَى رَجُلٌ اَبَا يَزِيْدَ ، وَدَقَّ عَلَيْهِ الْبَابَ فَقَالَ : مَنْ تَطْلُبُ؟ قَالَ : اَبَا يَزِيْدُ قَالَ : مُرَّ فَلَيْسَ فِى الْبَيْتِ غَيْرُ اللهِ عِزَّوَجَلَّ.

"Seorang lelaki mendatangi rumah Abu Yazid dan mengetuk pintunya. Abu Yazid bertanya: Siapa yang engkau cari? Jawabnya: Abu Yazid. Lalu Abu Yazid berkata: Pergilah! Di rumah ini tak ada sesiapa kecuali Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Tinggi".

Di dalam perkataan Abu Yazid di atas menunjukkan bahawa beliau mengaku sebagai Allah. Pernah juga dia berkata:

لَيْسَ فِى الْجُبَّةِ اِلاَّ اللهُ

"Tiada (apa-apa) di dalam jubahku (bajuku) selain Allah". (Lihat: Analisa Kritis Terhadap Tasawuf. hlm. 18-19. Samudi Abdullah. Pustaka Nasional. Singapura.)

Mereka yang mempunyai akal yang sihat dan memahami persoalan syara walaupun sedikit, tentu mengingkari semua kenyataan para tokoh-tokoh sufi di atas kerana bertentangan dengan syara.

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Loading icon Loading...

Ratings have been disabled for this video.
Rating is available when the video has been rented.
This feature is not available right now. Please try again later.

All Comments

Comments are disabled for this video.
Loading...
Working...
Sign in to add this to Watch Later