AFC Cup 2008 -- 2 April 2008, Mongkok Stadium, Hong Kong.
Kedah menghidupkan peluang ke suku akhir kempen Piala AFC. Sekalipun terpaksa beraksi tanpa beberapa pemain utama kerana dipalit kecederaan, skuad Hijau Kuning masih mampu menundukkan juara liga Hong Kong, South China, 3-1 di Stadium Mongkok. "Kemenangan itu memberikan semangat baru kepada pemain saya, walaupun kami terpaksa beraksi tanpa beberapa tonggak kerana kecederaan," kata Azraai merujuk kepada ketiadaan kapten A Victor, Khyril Muhymeen, Ahmad Fauzi Shaari dan Hasmawi Hassan tapi masih membawa pulang 'hadiah' yang begitu bererti. Azraai berkata, barisan pemain mudanya sekali lagi membuktikan kemampuan mereka walaupun pertama kali beraksi pada perlawanan peringkat antarabangsa.
Go boys!Kedah is the best team in Malaysia and one one the best team in region.Wait aa, there will something Kedah will show in Asia.Neglect about National Team, how the Kedah team development, the structure..very much thanks to Honourable Datuk Ahmad Basri, His Majesty DYMM the Sultan and a much more to the fan!!Biar Jasa Jadi Kenangan!!
azamisme 3 years ago