http://sarawak2011.blogspot.com
Kakitangan di seluruh Sarawak turut nikmati pelarasan gaji
KUCHING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak menerima suntikan semangat baru apabila kerajaan negeri mengumumkan kenaikan elaun mesyuarat Ahli Majlis serta penyelarasan gaji kakitangan PBT seluruh negeri ini.
Turut diumumkan peruntukkan RM55 juta iaitu RM25 juta untuk melaksanakan penstrukturan semula semua PBT dan RM30 juta untuk meningkatkan perkhidmatan.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ketika mengumumkannya bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kenaikan elaun walaupun mengakui kadar elaun sekarang iaitu RM50 sehari perlu ditambah
Namun, beliau berkata kenaikan elaun perlu dilaksanakan selaras dengan tanggungjawab besar yang mereka pikul untuk membantu melicinkan pentadbiran PBT.
"Sudah sampai masanya PBT dinaik taraf dan dibuat penstrukturan semula bagi mewujudkan sebuah pasukan eksekutif untuk memastikan sistem penyampaian yang lebih berkesan kepada rakyat di kawasan masing-masing.
"Selaras dengan itu, kita akan menaikkan elaun dan penyelarasan gaji semua kakitangan PBT di negeri ini," katanya pada perasmian Seminar Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Sarawak, di Hotel Pullman, di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Datuk Seri Wong Soon Koh; Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri Dr James Jemut Masing.
Lebih 500 ahli majlis dari 23 PBT seluruh negeri menghadiri seminar sehari dengan tema Ahli Majlis Pemacu Tranformasi PBT.
Selain itu, Abdul Taib menggesa semua PBT berusaha mencapai taraf sekurang-kurangnya tiga bintang dalam tempoh dua tahun lagi dan memastikan perkhidmatan mereka tidak hanya ditumpukan kepada pembangunan, malah memberi perhatian kepada aktiviti sosial.
"Menjelang 2013, saya berharap tidak ada lagi PBT bertaraf satu bintang dan percaya peningkatan taraf dapat dilaksanakan dengan mudah di kawasan bandar tetapi menjadi cabaran bagi PBT di luar bandar.
"Bagaimanapun, saya percaya dengan penstrukturan semula yang dilaksanakan, sasaran kita untuk menaik taraf semua PBT akan tercapai," katanya.
Come And Support Our Facebook Fan Pages Only One Choice - Barisan Nasional at
http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Only-One-Choice-Barisan-Nasional/117...
I cannot tolerate blind fools who is ignorant and easily manipulated by the government media. only 1 way to save Malaysia , say NO to BN. NO to corruption, NO to injustice, NO to LIES, NO to BN
simonng7 9 months ago
@shaeedun1 I banyak setuju sama u , pulau pinang dan selangor bawah pemerintahan PR memang teruk, itu hari kroni umgok cita sama i dulu nak rasuah kat sana senang2 , lubang ular banyak sekali .tapi lepas PR masuk , habislah , yg cacat tunggu tender kat kopitiam punya kawan semua balik kampong tanam ubi , kopitiam pun tutup . wang haram utk bayar kereta rumah mewah pun terputus , ai......................................
0708may 10 months ago
PULAU PINANG DAN SELANGOR MAKIN TERUK ? U BUKAN BUTA TAPI DUNGU TAK SEKOLAH ,KALO TIDAK TENTU DAH DIPATUNG-PATUNGKAN KERANA MEMBACA UTOSAN MELOYA DAN TONTON TV 123 YG DITAJA NAJISSSSSSSSSSSS BUSUK TU
0708may 10 months ago
Butakah, Pulau Pinang dan Selangor makin teruk di bawah pemerintahan PR. Tengok apa Hj Lim Guan Eng buat untuk Melayu Pulau Pinang. I dah pergi g Pulau Pinang . BN juga adil untuk semua kaum. Sorry. You lihat dari kepala lutut.
shaeedun1 10 months ago
sarawak 50 tahun sudah tipu rakyat skrg sudah terlambat..itu semua demi membolehkan dia berkuasa (taib mahmud) kami rakyat sarawak sudah muak dgn janji last minute BN.kali ini BN bakal kalah besar.bkn saja di sarawak tapi di semenanjung dibawah BN mmg teruk.negeri pakatan di selangor dan pulau pinang lebih baik keadaan rakyatnya.saya sudah kaji sedalamnya mmg BN lebih teruk dari PR.
kobabeckquer 10 months ago
Perkerja Buruh Kasar dan orang Kampung.... HABUUUUUKKKKKK PUN TARA.
borneotourescort 10 months ago