KUALA LUMPUR, 22 Jan - Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini. Ianya umpama wabak yang menghancurkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya.
Selaku Timbalan Perdana Menteri, ketika perbahasan Akta Pencegahan Rasuah 1997 di antara lainnya saya ada menyebut, âGerakan membanteras rasuah di Malaysia harus dilihat secara positif. Ia bukan agenda politik tetapi ia adalah agenda pembangunan bangsa kerana rasuah merupakan kuman yang boleh merosakkan pemerintahan dan negara. Rakyat menyedari rasuah merupakan hambatan-hambatan utama bagi kemakmuran negara.â
Kerajaan BN tidak boleh lagi berada dalam keadaan penafian. Berhadapan dengan krisis ekonomi sejagat, seharusnya membuatkan kita lebih peka dan bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini serta menjamin kebajikan rakyat.
Link to this comment:
All Comments (1)