Keindahan Dan Kecantikan Seorang Wanita
Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah letaknya keindahan
dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk
dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang
atau memuji-muji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita
yang boleh dipercaya
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, Abang ke mana? Dari mana?
Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya, kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang
dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?
13.3.2004 2
Menjelang tidur
Nilai Seorang Wanita
Harga dan nilai seorang wanita lebih-lebih wanita muda
Adalah sifat malu dan akhlak dirinya
Bukan kecantikan dan kepandaiannya
Pakaiannya sopan, pandai menjaga maruah dirinya
Jika pakaian tidak sopan, maruah tidak dijaga
Lelaki hidung belang, mata keranjang memang suka
Tapi dia tetap tidak dipercaya
Lelaki yang soleh tidak akan menjadikannya isterinya
Kecuali lelaki yang macam dia
Tapi biasanya susah hendak kekal di dalam perkahwinannya
Selalu sahaja bercerai, sekalipun cantik mukanya
Adakalanya masih muda lagi suaminya sudah dua, tiga
Kalaupun kekal kerana hendak menjaga wibawa dirinya
Rumahtangga macam Neraka
Duduk di rumah amat terseksa
Anak-anak porak-peranda
Masyarakat benci, orang tidak percaya
Di mana-mana sahaja orang akan bercakap dan berkata
Mengumpat dan menghina
3.8.99
saya mula tidak melayan dengan mereka² yg berkata nista tentang ini, kerana saya tahu sudah ada yg akan membelanya, moga anda semua membantu dan akan dibantu ...
CintaAgung 2 years ago