JOHOR BAHRU: Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, hari ini.
Istiadat itu disempurnakan dengan siraman air mawar dan taburan bunga rampai selepas bacaan doa dan talkin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Seri Mohd Nooh Gadot.
Terdahulu, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid dan cucunda-cucunda Almarhum, termasuk Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim bersama-sama menimbus tanah dalam liang lahad makam baginda.
Istiadat itu disaksikan Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail, Sultanah Zarith Sofiah, Sultanah Zanariah serta anakanda dan cucunda selain anggota kerabat diraja Johor yang lain.
Turut berangkat Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah, Sultan Perak Sultan Azlah Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Muhriz, dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang turut menghadiri upacara pemakaman itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Osman serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, turut hadir.
Sebelum itu, semasa upacara perangkatan jenazah, sebuah pedati khas digunakan untuk membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang turut dinaiki Tunku Abdul Majid dan Tunku Ismail Ibrahim, dengan diiringi anggota kerabat diraja Johor dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar ke makam diraja.
Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Selain itu, sebanyak 77 das tembakan mariam disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa kemangkatannya.
Ribuan rakyat jelata turut beratur di sepanjang jalan dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.
Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri di sini pada 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana gering.
- 21 Januari 2009 - www.bharian.com.my
semoga laknat Allah berterusan ke atas pemerintah yang zalim......
salammuhammadi9 5 months ago
jgn di sebut2 org dh meninggal dunia....... marhum DYMM dh pergi.. tnpa nenek moyang mereka malaysia niee x akan aman... tnpa sultan abu bakar x akan moden kerajaan johor
raja951000 6 months ago
korang jangan wat2 citer camni..walau pun almarhum bukan sultan korang tapi almarhum tetap kalifah yg memegang tanggun jawab besar.
xkire la pemerintah mane pun kite kene hormat tp klu nk menegur tu xsalah..
cume tau2 la kite kene menegur gan cara yg baik..
aku syg sume sultan terutama sultan johor gan sultan brunei..
cz aku lahir pun di brunei..
jadujalu 7 months ago
korang tanye sendiri ulama tu or anak2 die pe yang die ckp depan almarhum..
ulama tu menegur dgn nada kurang sopan tu yang kene lempang..
lps tu almarhum tegur die supaya cakap beradap..lepas tu terus almarhum beri ulama tu duit dan mintak maaf pe yg almarhum wat kt ulama tu cz sume manusia melakukan kesilapan..walaupun ulama atau pun sultan..jadi same2 memaafkan..pastu almarhum suruh die kerja gan almarhum.
jadujalu 7 months ago
Masha Allah.. korang ni xtau ape2 sedap2 je main kutuk2 Sultan aku..
aku lagi rapat gan almarhum aku tau ape yg berlaku..
korang jangan sedap2 mulut je ckp camtu..
berdosa besar aibkan org..
lagi la korg aibkan sultan walau pun raja mane2 pun kite kene hormat n taat..
mereka lah yg pemerintah dan khalifah yg pegang tanggung jawab yg besar..
korang sume dengar citer2 yang negatif jer..
yg baik2 sume korang x cite lak ek??!!
setiap manusia ade sifat berperi kemanusiaan..
jadujalu 7 months ago
SEORANG SULTAN MEMBUNUH RAKYATNYA YANG SEPATUTNYA DILINDUNG TETAPI DIBUNUH TANPA SEBAB DAN APAKAH HUKUMYA SEORANG SULTAN MELEMPANG SEORANG ULAMA YANG MENEGURNYA MEMAKAI EMAS.........................CUBALAH TUAN TUAN SEKALIAN MERENUNGKANNYA SEMEOGA ALLAH SWT MEMBALAS SEGALA PERBUATANNYA
KEBENARAN94 1 year ago
jefrysufry: kalau dia nak tuntut hak datanglah sini ke brunei....sampai kiamatkami tak nak mengakui pg mashor tu raja kami...kami hanya mendaulat kan sultan kami yg benar sultan hj hassanalbolkiah....
laguna306 1 year ago
X BAIK AH KOWANG GADOH2 PSL OWG DAH X DE, KESIAN AH, JAHAT2 DYE KE PE KE BIAR LAH ALLAH YG JUDGE DYE, NOW DOA KAN JEK LAH BELIAU MASUK SYURGAAA , PE LAH AKU X PHM AH NAPE OWG MELAYU NI SUKE SGT KAN DOWN KAN KAUM SENDRIK, X PHM AH NAPE KOWANG NI OTAK SEMPIT SGT AND X PNH NK MAJU BERUBAH JD KAUMM YG LEBEH MATANG AND RASIST, PK AH HIDUP NI KEJAPP JEK, KITA PON BILA2 JEK LEH MATIIII JUGAK ESOK LUSA KEJAP LAGI , AH SO X PYH AH NK GADOH2, TAUBAT AH BYK2 NOW INGAT ALLAH BKNN NK CACI2 OWG LAIN SKE2
lokoqaz 1 year ago
X BAIK AH KOWANG GADOH2 PSL OWG DAH X DE, KESIAN AH, JAHAT2 DYE KE PE KE BIAR LAH ALLAH YG JUDGE DYE, NOW DOA KAN JEK LAH BELIAU MASUK SYURGAAA , PE LAH AKU X PHM AH NAPE OWG MELAYU NI SUKE SGT KAN DOWN KAN KAUM SENDRIK, X PHM AH NAPE KOWANG NI OTAK SEMPIT SGT AND X PNH NK MAJU BERUBAH JD KAUMM YG LEBEH MATANG AND RASIST, PK AH HIDUP NI KEJAPP JEK, KITA PON BILA2 JEK LEH MATIIII JUGAK ESOK LUSA KEJAP LAGI , AH SO X PYH AH NK GADOH2, TAUBAT AH BYK2 NOW INGAT ALLAH BKNN NK CACI2 OWG LAIN SKE2ATI
lokoqaz 1 year ago
"kalau betul Islam & mengakui saudara se Islam kamu saudara kamu dunia akhirat" adakah kamu behak menyakiti saudara kamu???....maka kamu pulang kan hak saudara kamu. Ingat menyakiti.....merampas hak saudara kamu adakah itu yg diajar dalam Islam????? so TunTuahTebelu fikir2kan lah
jefrysufry 1 year ago