Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Tazkirah MB Negeri Sembilan Untuk ADUN PKR

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
16,554
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Apr 25, 2011

Seorang anggota pembangkang yang mempersoalkan kandungan talqin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan "tazkirah" selama 7 minit oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan hari ini.

Rashid Latiff (PKR-Ampangan) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talqin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.

"Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?" kata Rashid dalam soalannya.

Mohamad menjawab : "Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talqin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati."

Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya "jangan asyik membeli nombor ekor" dan melupakan hal kematian.

Ketika ini beberapa orang penyokong DAP dilihat tersenyum manakala Mohamad Taufek Abdul Ghani (PAS-Paroi) pula menundukkan muka.

"Saya tahu Yang Berhormat tidak percaya cakap saya kerana saya tidak memakai kopiah dan serban. Hati-hati kalau nak pertikaikan perkara ghaib kerana boleh lari akidah kita. Perkara alam ghaib dan barzakh ini disebut dalam kitab dan hadis...ia menyebut alam barzakh ini sunyi dan penuh dengan ulat dan cacing," kata Mohamad menyebabkan Adun PKR tadi terus terdiam.

Katanya perkara itu perlu diyakini manakala bacaan talqin memberi pengertian bahawa setiap yang hidup pasti menemui ajal.

"Jangan terlalu lari dari akidah macam (dakwaan) parti PAS, kalau tidak undi PAS, tidak masuk syurga. Jika demikian, rugilah orang yang duduk di luar negara kerana parti PAS tidak ada di negara mereka," katanya.

Baca Lagi di http://umno-online.com/?p=36301

Link to this comment:

Share to:

Top Comments

  • kalau dah umno. takde ape yg betul. kalau umno sumenye salah. itulah sebenanye pembangkang. die je yg betul

  • syabas MB! den banggo..

    adun pkr tuu yo mada bona. tanyo la bondo lain agak eh.

see all

All Comments (69)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • elok gak MB tazkirah pasal RASUAH pada YB ISA SAMAD tuh !!! keh keh keh

  • @tough619 umPORNO lagi byk salahnya ...

  • Kenapa tak edit video semasa YB PKR tu menyoal? kenapa separuh jer? ni agen tv3suku ker???

    apa2 pon syabas well done MB.. tazkirah tu aku sokong

  • sorry slow sket. apo soklan adun pkr tu?

  • hhaha dia sudah panas

  • Syabas itu lah nasihat seorang Ayah kepada anak-anaknya....Itu lah banyak sgt kena hasut dengan pembankang yang tidak mustahil akan menukar agama rasmi kita nanti kalau berkuasa..

  • Hahaha padan muka kau PKR bodoh...Tak sekolah Agama agaknya..

  • caya la tok mat..ni la tok mat den!!

  • sy ni bknlah pnyokong mana2 pihak..mmg sgt stuju dgn ap yg MB n9 gtau..skong 100% tp ad part y psal murtad 2 rseny bleh dato' bg pnrangan pd ahli2 umno y len..mmg r PAS nk bwak hudud tp isu hudud jgn dipolitikkan krn ia mnyntuh soal akidah..skali kita kta hudud 2 haram, ulama'2 muktabar mngatakan jatuh hukum murtad..btw, gudjob MB..sbgai YB, jgn pndai berdebat je tp kna pndai jga dlm masalah2 agama..

  • saya org PAS.. dan sy suke MB n9 ni.. kalo aku dlm kawasan dia.. aku undi dia :)

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more