Tajuk video saya adalah niat solat hari raya, saya memilih tajuk ini kerana kita semua tahu solat sunat hari raya Aidilfitri adalah solat sunat dua rakaat yang dilakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 1 Syawal setiap tahun, hari raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah. Manakala Solat sunat Aidiladha ialah solat sunat yang dilakukan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah setipa tahun, Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya haji atau Hari Raya Korban.
Hukumnya Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.
Tujuan saya memilih tajuk ini kerana kita sedia maklum solat hari ini hanya dilakukan dua kali setahun, tidak mustahil bagi kita semua dan juga para pelajar tidak ambik cakna tentang niat solat hari raya apabila tibanya hari raya pasti antara kita akan bertanya tentang niat solat hari raya ini, insyAllah dengan adanya video saya ini para pelajar akan dapat tahu lafaz solat sunat hari raya dan juga dapat membezakan di antara niat solat sunat Aidilfitri dengan niat solat sunat Aidiladha.
tah setakat lagu tu bersepah...dah..
tokwanblog 1 year ago
kenape masukkan lagu...seharusnye biarkan bacaan didengar...:(
AncienTLorDi86 1 year ago