Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

PAS Pertahan Bukit Gantang

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
1,250
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Apr 8, 2009

TAIPING, 7 April (Bernama) -- PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu Selasa dengan memperoleh majoriti 2,789 undi.

Ini merupakan kali kedua PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang sebelum ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak kawasan Parlimen itu diwujudkan pada 1986.

Mohammad Nizar, 52, yang juga bekas Menteri Besar Perak memperoleh 21,860 undi, menewaskan calon BN Ismail Saffian yang meraih 19,071 undi serta calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang hanya memperoleh 62 undi dan hilang wang pertaruhannya.

PAS buat kali pertama memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu apabila calonnya Roslan Shaharum menewaskan calon BN Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mahmod Morsidi di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada pukul 9.40 malam ini.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pengundi berdaftar termasuk 136 pengundi pos.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Roslan pada 9 Feb lepas, akibat serangan jantung.

Seramai 41,626 pengundi telah mengundi pada pilihan raya kecil itu, mewakili 75 peratus daripada mereka yang layak mengundi.

Sementara itu, Mohammad Nizar memberitahu pemberita bahawa majoriti yang bertambah kepada parti itu juga menunjukkan rakyat mahu Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membentuk kerajaan yang baik tanpa elemen rasuah dan lebih adil.

Mohammad Nizar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pilihan raya kecil itu, yang dijalankan secara demokrasi.

Beliau turut berikrar untuk melaksanakan tugas sebagai Anggota Parlimen dengan berhemah dan cemerlang.

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • 1MALAYSIA | PRU13 Membangun Bersama UMNO BNRakyat Malaysia "dulu cemerlang, kini semakin gemilang, selamanya terbilang"

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more