Penangkapan Dr Asri oleh JAIS dan Fitnah PGSM (Part 3) Bantahan...

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
8,096
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Mar 3, 2009

Ustaz Rasul Dahri
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membantah sebarang cadangan melantik bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).Memorandum yang mengandungi fitnah yang amat dasyat terhadap Ustaz Asri amat melukakan kepada mereka yg selama ini bersama-sama berjuang membawa bendera salaf.Imam Syafie r.h. yg selama ini menjadi rujukan utama kepada Ustaz-ustaz bermanhaj salaf amat terkejut tindakan bodoh oleh segelintir manusia yang seolah-olah mengetahui dengan mendalam pegagangan aqidah Imam Syafie r.h.

Alhamdulillah kami bersyukur didalam keadaan tekanan yg berat terhadap Ustaz Asri beliau masih bersabar serta sanggup bertanggungjawap segala tuduhan yang dilemparkan.Kami mendoakan agar beliau terus diberi kekuatan didalam menyampaikan yang haq.

Kepada sahabat-sahabat yg mengikuti kuliah manhaj salaf berdoalah kepada Allah agar memberi kekuatan kepada Ustaz-ustaz kita serta memberi petunjuk kepada mereka yang menentang Aqidah sebenar para imam salaf.
-------------------------------------------------------------------
I'TIQAD PARA IMAM SALAF AS-SOLEH
oleh Ustaz Rasul Dahri
I'tiqad As-Syeikh Abu Uthman Ismail bin Abdur-Rahman as-Sabuni rahimahulah

Syeikh Abu Uthman Berkata Ibnu Nasruddin: Beliau seorang imam, hafiz. berkarisma dalam berpidato. pakar dalam ilmu hadarah dan sebagainya. Dikenali sebagai seorang yang banyak menghafal hadis dan pakar dalam ilmu tafsir al-Quran.seorang ahlul hadis berkata:

"Sesungguhnya Ahlul Hadis menetapkan segala sifat-sifat Allah sepertimana yang telah ditetapkan sendiri oleh Allah bagi diri-Nya di dalam kitab-Nya dan melalui lisan Rasul-Nya sallallahu 'alaihi wassalam. Mereka tidak sekali-kali menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk-Nya. Mereka menyatakan: Sesungguhnya Allah telah menciptakan nabi Adam dengan tangan-Nya (Lihat: Akidah Ahlul Hadis. No. 3. As-Sabuni.) (benar-benar dengan tangan-Nya) sebagaimana difirmankan-Nya:

Wahai iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua tangan-Ku" (QS: Saad, 75)

Ahlul Hadis tidak memesongkan firman-Nya daripada tempatnya sepertimana penyelewengan golongan Mu 'tazilah dan Jahmiyah yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan dua tangan Allah ialah dua nikmat-Nya atau kekuasaannya. Semoga Allah menghina mereka (Akidah Ahlul Hadis. No. 3. As-Sabuni.)


I'tiqad Ahlul Hadis al-Imam al-Auzai rahimahullah

Beliau adalah seorang hafiz dan tokoh Salaf di zamannya. Beliau berkata tentang tauhid al-Asma wa as-Sifat:
"Keadaan kami dan para tabi'in bersepakat menyatakan: Sesungguhnya Allah Ta'ala menyebut bahawa diri-Nya di atas Arsy-Nya. Dan kami beriman dengan apa yang warid (datang dan termaktub. Pent) dari as-Sunnah tentangsifat-sifatNya Jalla wa-'Ala" Dinilai sebagai sahih oleh Ibnu Qaiyim. Lihat: Ijtima al-Juyus al-lslamiyah. Hlm. 69. Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam al-Asma wa as-Sifat him. 515.


I'tiqad Imam Ad-Daruqutni rahimahullah

Dari Walid bin Muslim, bahawa Imam Ad-Daruqutni rahimahullah berkata:
"Aku pernah berkata kepada Malik, ath-Thauri, al-Auza'i dan Laith bin Sa'ad berkenaan nas-nasyang berkaitan dengan sifat-ssifat Allah, mereka menjawab: Fahamilah apa adanya sebagaimana yang didatangkan (oleh al-Quran dan as-Sunnah. Pent) tanpa ditakwil (tanpa dibincang)" (Lihat: Asy-Syariali. Him. 314. Al-Ajari. Lihat: Al-I'tiqad. Him. 118. Al-Baihaqi)

I'tiqad Ibnu Qaiyim rahimahullah

Berkata Ibnu Qaiyim rahimahullah tentang pegangan Imam Abu Hasan al-Asyari:
"Abu Hasan al-Asy 'ari dan para imam yang tergolong dalam kalangan sahabat beliau, mereka bersepakat atas menetapkan tentang sifat-sifat yang dikhabarkan yang dijelaskan di dalam al-Quran seperti istiwa, muka, dua tangan dan membatalkan pentakwilannya " (Lihat: Al-Ibanah 'An Usuluddiyanah. Hlm. 30. Abu Hasan al-Asyari. Tahqiq Muliammad 'Uyun.)


I'tiqad Imam az-Zahabi rahimahullah

Beliau menyebut dari Imam Syafie rahimahullah bahawa:
"Kita mengithbatkan (menetapkan) sifat-sifat yang disebutkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, iaitu kita menafikan penyerupaan (tasybih/menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhlukNya), sebagaimana la telah menafikannya pada diriNya sendiri" (Lihat: Syarah A'lam an-Nubala 341.)

Category:

Education

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Top Comments

  • Ya Allah ya tuhanku..jika aku mengikut yg benar maka engkau tetapkanlah aku didalamnya, jika aku mengikut yg salah maka ampunkanlah dan selamatkanlah aku..sesungguhnya engkau maha mengetahui,menyelamat serta pengampun dosa2 yg besar..amin

  • Di Malaysia semua mengatakan berpegang kepada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jemaah.

    Yg menjadi masalahnya bila perjuangan

    aqidah jarang disentuh menyebabkan semua umat Islam tak faham apa itu Aqidah.

    Jadi bercelarulah

    Bila agak lain je dengar kuliahnya senang je ustaz2 kat malaysia ajar ini wahhabi la he he he.

Video Responses

see all

All Comments (11)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • wahabi sesat,,,,ajaran yg diamalkan di makkah dan madinah adalah wahabi... apa bukti korang yg menunjukkan wahabi itu sesat,,,bukankah ALLAH berjanji bahawa kecutian kota makkah dan madinah akan terpelihara sampai hari akhirat sehingga apabila muncul dajjal dimuka bumi ini dia akan berada di setiap tempat kecuali makkah dan madinah...

  • wahabi sesat... pada pendirian saya adalah haram dan mungkar menyebarkan wahabi di Malaysia kerana ia jelas memecahbelahkan perpaduan umat Islam yg sedia bermazhab fiqah imam syafie dan berakidah mazhab ahli sunna wal jamaah...

  • @moufyiedarz

    Ya paling basic Allah turunkan Nabi adalah perjuangan Aqidah .Aqidah kita tidak boleh ada khilafiah mesti satu Aqidah .

    Masalah fikh adalah masalah khilafiah.Isnya tiada masalah krn yg penting mesti tetap berpegang kpd Hadisth.Ulamak2 yg akan menentukan sama hadisth tersebut sahih atau tidak.

  • @politikmalaysia back to basic, sahabat2 nabi pun ade yang tak bersependapat, contohnya cukup banyak. kumpul al-quran, solat, dan lain2 lagi. nak cakap pun terlalu banyak. di malaysia pun, haji, puasa, pengurusan jenazah pun tak ikut 100% mazhab syafie 100%.tapi imam imam , ulama2 dan fuqaha2 dahulu pun tak berbalah, yang penting itu urusan allah, doa diberi jalan yang lurus.

  • banyak manusia yg belajar agama tapi Allah swt tidak memberi kefahahaman kepada mereka. Itu adalah pilihan Allah dan kelemahan2 org2 tersebut,jadi mereka fikir pandai lalu keliru dan mengelirukan dan membenarkan bid'ah. ya akhir zaman, fikirku ada satu doa dalam surah hud supaya Allah membuka kebenaran "antaraku dan kaumku" dan juga ada pada hadits pada iftitah solat tahajud.

  • Salam. Mungkin 'hehehe' tu merujuk kepada betapa kelakarnya gaya pemikiran Muslimin di sini yang cepat menggelarkan sesuatu tanpa bersifat investigative. Msyarakat pula mengambil kata2 itu sebagai benar hanya kerana istilah yang disebut dlm bahasa Arab. Sepatutnya kita Muslimin bersifat investigative-bukannya percaya bulat2 pada ssuatu fakta.Ini tdk bermaksud kita mngatakan org lain menipu tetapi ambil sesuatu biarlah brhikmah.Apa pun,kecetekan pemahaman agama adalah benda serius.Wallah hu alam.

  • hehehe.. emm pe yg kelakar?

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more