Uploaded by naspazi on Aug 8, 2009
PETIKAN UCAPAN SEJARAH PENGHAPUSAN KEKEBALAN RAJA - Naspazi
Penyampai : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993
Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda - (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut:
"(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,".
Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut:
"(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini.
(a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya;
(b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
(i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka;
(ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu;
(c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.
(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja".
Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.
Teks Penuh:
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=851
ORANG YANG JAHAT DAPAT DIKALAHKAN,
HANYA JIKA ORANG YANG BAIK BERSATU!
- Naspazi
-
0 likes, 0 dislikes
10 videos

Playlists Naspazi
4:32KUCARI JALAN TERBAIK - Trio Ambisi (AVI) MADE B...by naspazi3,234 views
6:30Sumpah Liwat - Renunganby paskemaman114,487 views
4:05Lestari - Cinta Itu Ketawa & Air Mataby ahboboy3,777 views
8:11SIKAP MELAYU UMNO DALAM MAJLIS DIALOG KEPALA LE...by naspazi3,090 views
5:04Penubuhan Malaysia Merugikan Borneo (HD) Creat...by naspazi755 views
2:10PERGI JAHANAM LAH UMNO - TGNA (HD) EDIT BY = Na...by naspazi18,912 views
8:37PRIZE OF THE BEST AFFECTION (DVD) BY = Naspaziby naspazi255 views
1:33Perjanjian Persempadanan Malaysia Dan Bruneiby paskemaman2,839 views
9:41Tengku Razaleigh 1993 - Krisis Perlembagaan 199...by mycitizen31,531 views
4:16Anwar Ibrahim on BBC News commenting on Barack ...by anwaribrahim165,326 views
10:20SANDIWARA BIAWAK (IGUANA FARCE) PART 2 PREPARED...by naspazi257 views
6:23Malaysia Dikemudi Orang Yang Salah (Full HD) Cr...by naspazi569 views
5:32Mahathir Gila Duit PETRONASby malaysianews12,217 views
4:22MB Selangor - Pakatan Rakyat mahu kembalikan pe...by muslimatpas209 views
2:34Azizah nafi Anwar dalam video seksby rahsiasosial22,202 views
10:00Dato Seri Anwar Ibrahim menghina Sultan Perak d...by dontvotepr13,192 views
5:55BAKONG (BAbu hongKONG)by h4f4f315,713 views
5:10RYUICHI SAKAMOTO OKINAWA SONG (HD) EDIT BY Naspaziby naspazi1,757 views
2:08MAHFUZ: UMNO KERAH TENTERA UNTUK MENANG DI MANE...by naspazi488 views
4:13ID TOPIUMANANKU - CLARE PETRUS EDWIN (HD) EDIT ...by naspazi14,094 views
- Loading more suggestions...



Link to this comment:
All Comments (0)