Sukarelawan SSRM BKP-JKM. PB2W sebagai sebuah pertubuhan (NGO) belia pelbagai fungsi samada di darat, laut mahupun di udara. Aktiviti rekreasi di bawah seliaan PB2W adalah sebahagian dari modul latihan kesukarelawanan yang telah di adaptasikan. Video ini adalah kenangan PB2W dalam mengorganisasikan penugasan Skuad Sukarelawan Rakan Muda (SSRM) di atas fungsi Briged Kebajikan Perdana (BKP-JKMM) semasa membantu mangsa banjir di Taman Desa Pusu 3 Gong Badak pada Desember 2008 lepas. Video ini juga dipaparkan sebagai suatu dedikasi dari PB2W buat penduduk-penduduk taman tersebut dan sekitarnya, yang begitu tabah menghadapinya selama 2 minggu berturut-turut dengan terpaksa menyambut Idul Adha dalam suasana banjir. Dedikasi ini diabadikan kepada para petugas sukarelawan dari semua badan dan peringkat, serta para Korporat, budiman yang telah banyak menyumbang segala keperluan serta logistik.
PB2W juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Zul dengan keehsanannya memberi video ini. Beliau yang juga merupakan salah seorang dari mangsa-mangsa bencana Tengkujuh Desember 2008 dan kepada penduduk-penduduk taman tersebut (Desa Pusu 3) serta taman-taman berhampiran, Kami tetap bersamamu membina "Masyarakat Penyayang" (MAYANG)
Link to this comment:
All Comments (0)