Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Bekas Jurulatih PLKN Bebas Tuduhan Rogol Pelatih

Loading...

Sign in or sign up now!
6,514
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Oct 30, 2009

KUALA TERENGGANU, 27 Okt -- Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Selasa melepas dan membebaskan bekas jurulatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN), Zuki Mohd dari tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2004, selepas membenarkan rayuannya.

Hakim VT Singham juga mengenepikan hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Dis 2005, sekaligus membebaskan Zuki yang telah menjalani hukuman penjara sejak 19 Dis 2005.

Ketika membuatkan keputusan terhadap rayuan mengenepikan sabitan dan hukuman yang notisnya dikemukakan Zuki pada 21 Dis 2005, Hakim Singham berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir perbicaraan dan tertuduh sepatutnya tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendapati keterangan pengadu dalam kes ini sebagai kredibel telah terkhilaf apabila memanggil tertuduh untuk membela diri," katanya dalam penghakiman selama sejam.

Zuki, yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Dis 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb tahun 2004.

Sebaik mendengar keputusan itu, Zuki dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sambil meraup kedua-dua tangan ke muka tanda syukur.

Hakim Singham dalam penghakimannya berkata setelah meneliti nota keterangan dan fakta keseluruhan kes berkenaan, beliau menerima rayuan untuk mengenepikan sabitan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh.

"Antara yang perlu diambil kira ialah kelewatan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 28 Feb 2004, tapi laporan polis hanya dibuat pada 14 April 2004. Tidak ada penjelasan munasabah dari pengadu kenapa beliau mengambil masa hampir dua bulan atau 44 hari untuk membuat laporan polis sekiranya dia dirogol seperti didakwa," katanya.

Katanya alasan pengadu bahawa laporan polis, sekiranya dibuat, akan memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga juga tidak boleh diterima kerana akhirnya pengadu sendiri membuat laporan berkenaan.

"Pengadu juga ada peluang terbuka untuk mengadu mengenai kejadian rogol sekiranya ia benar berlaku kepada doktor ketika mendapatkan rawatan di Kem Desa Pahlawan, Kota Baharu tetapi dia hanya mengadu sakit dada, demam dan batuk sahaja," katanya.

--BERNAMA

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • bak kata penyokong PKR... mana 4 org saksi wei?

Loading...
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more