Kebelakangan ini, semakin ramai Ketua Kampung yang gagal memahami ataupun gagal mengadakan perundingan dengan anak-anak buah (penduduk kampung) apabila kerajaan khasnya, ataupun syarikat swasta ingin memajukan sesuatu projek di atas NCR penduduk. Contohnya, projek Empangan Air, Penebangan Balak dan Pembukaan Ladang Kelapa Sawit. Ramai penduduk yang melenting dengan ketua Kampung mereka yang seakan-akan tidak menjaga kepentingan mereka. Ketua kampung yang sedemikian hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak-hak anak buah.
Lain pula dengan yang berlaku di Kampung Pasir Hilir, Lundu, sarawak. Ketua kampung, Encik Nyalir Anak Oking (61) sanggup turun padang bagi memastikan kebajikan anak-anak buah beliau terjaga gara-gara Kemasukan Ladang Kelapa Sawit, Ladang DAFA. Meskipun menerima kecaman, beliau sanggup memainkan peranan beliau untuk mempertahankan hak beliau sebagai wakil penduduk untuk menyuarakan ketidakpuasan penduduk ke peringkat atasan. Beliau sanggup, walaupun suatu hari nanti mungkin beliau boleh dipecat dari tugas dan hilang Gaji RM400 sebulan sebagai ketua kampung, namun beliau sedar, beliau dipilih untuk mewakili penduduk kampung untuk melindungi dan menyampaikan "suara" penduduk ke pihak atasan. Kita berharap, agar Ketua Kampung-Ketua Kampung yang lain turut mencontohi beliau.
Video oleh : Pairin Boka
Dibantu Oleh: Ko
Link to this comment:
All Comments (0)