Tidak Seindah Sentuhan Mata
NAZREY JOHANI - INTEEM
Sekeping hati di bawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkan mata yang menatap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan ditengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
@VideoPrihatin, salam~ tanya... bukankan ini daripada album Nazrey Johani dalam Memori The Zikr~ Tak silap saya album itu hanya lagu saja (CD) bukannya VCD, jadi yang ni pula macam mana dapatnya? saya hanya mahukan maklumat lanjut... terima kasih~
HambaAllahInsanBiasa 10 months ago