10 jari dipercayai ditetak serentak ditemui berdekatan landasan kereta api kira-kira 100 meter dari Stesen Kuang, Selangor.
Ketika ditemui seorang pekerja stesen berkenaan kira-kira 9.55 pagi, jari berkenaan dalam beg plastik dihurungi semut.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah, siasatan forensik mendapati jenayah itu dilakukan tidak kurang daripada 24 jam.
Dipercayai barang bukti itu dibuang dari atas jambatan yang menghubungi pekan Kuang ke Taman Sri Jintan Mas.
Berdasarkan penemuan pita pelekat dengan kesan darah, tangan mangsa mungkin dililit pita pelekat sebelum ditetak.
Turut ditemui sehelai baju dan seluar.
Polis akan menghantar cap jari mangsa ke Mafis di Bukit Aman bagi mengenal pasti identiti mangsa.
Link to this comment:
All Comments (0)