Uploaded by fuadsyazwan on Feb 4, 2008
http://mazhab.sementoji.net
Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, para sahabat berselisih pendapat mengenai perlantikan khalifah atau ketua negara Islam. Para sahabat mempunyai tiga pendapat iaitu:
Pendapat pertama
Mereka berpendapat khalifah itu dipilih dan dipersetujui oleh rakyat tanpa mengira sama ada kabilah itu berpengaruh ataupun tidak. Pendapat ini dikemukakan oleh majoriti kaum Ansar. Mereka mencadangkan pemimpin kaum Khazraj, Saad bin Ubadah dilantik sebagai pemimpin umat Islam. Mereka berhujah dengan kelebihan Ansar sebagai pengikut, sahabat dan pembantu setia Nabi Muhammad. Terdapat beberapa hadis Nabi yang menyanjung mereka. Dengan hadis-hadis itu mereka berhujah,
"Dengar dan taatlah, walaupun yang menjadi ketua kamu itu seorang hamba Habsyi."
Pendapat kedua
Mereka yang berpendapat pemimpin itu dipilih daripda keluarga Nabi Muhammad. Pendapat ini dikemukakan oleh beberapa orang di kalangan masyarakat keturunan Bani Hasyim, keluarga Nabi Muhammad dan masyarakat yang sependapat dengan mereka. Mereka berhujah kedudukan keluarga Nabi yang lebih dekat dengan beliau. Mereka mencadangkan Ali bin Abu Talib sebagai pemimpin. Hujah mereka berdasarkan hadis Nabi Muhammad yang berkata kepada Ali,
"Adakah kamu tidak redha dengan kedudukan kamu di sisiku sama seperti kedudukan Harun dan Musa hanya kerana tidak ada nabi lagi selepasku."
Pendapat ketiga
Mereka yang berpendapat khalifah itu dipilih oleh umat Islam dan mesti daripada kalangan kaum Quraisy. Mereka menganggap Quraisy adalah kabilah yang paling berpengaruh. Mereka berhujah hadis Nabi Muhammad,
"Imam-imam (pemimpin-pemimpi) itu mestilah daripada kalangan Quraisy."
Akhirnya pendapat ketiga disokong oleh majoriti umat Islam. Semua umat Islam termasuk penyokong Ansar, ahli keluarga Nabi Muhammad melantik Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah. Abu Bakar tidak meminta jawatan yang besar ini. Oleh kerana beliau paling layak dan menepati kriteria yang ditetapkan, rakyat memilih beliau bagi menerima tanggungjawab ini. Para sahabat juga tidak dipaksa bagi melantik Abu Bakar. Mereka menyedari amanah pemimpin adalah besar. Berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh golongan Muhajirin, mereka melantik Abu Bakar.
Namun, perselisihan pendapat serta hujah-hujahnya dicemari oleh anasir kotor pada zaman selepasnya. Kemunculan Khawarij berhujah supaya memilih ketua secara bebas tanpa mengira pengaruh kabilah yang kuat. Aliran Syiah menetapkan Ali bin Abu Talib dan keturunannya sahaja yang layaknya menjadi khalifah. Golongan Murji'ah sebulat suara berpendapat, kononnya menyerahkan urusan kepada Allah. Akhirnya pertelingkahan dalam politik melarat sehingga melibatkan perkara-perkara akidah kerana ingin meraih kemenangan. Keghairahan ini membuka ruang kepada anasir-anasir luar bagi merosakkan Islam.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah
Syarah Kitab Lahirnya Beberapa Firqah Di Kalangan Umat Islam
Kuliyah Jumaat 8 September 2006
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
-
2 likes, 0 dislikes
9:38kehebatan sains islamby IcamStudio14,483 views
9:31Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah I (1/2)by fuadsyazwan5,839 views
2:57Wasiat Nabi Muhammad SAW kpd Keluarga & Sahabat...by alwidea5,187 views
7:59Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah II (2/3)by fuadsyazwan2,402 views
0:03jejak para nabiby bungasetaman4,533 views
34:28Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?by salafussoleh15,730 views
9:57Sejarah perjuangan Patani ( animation )by margajebat60,922 views
7:44Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Mazhab Salafi...by fuadsyazwan52,038 views
10:19Nabi Muhammad SAW , Episode 1 dari 6 .by yulbas56267,397 views
9:02Sejarah Syiah Imamiyyah (2/3)by fuadsyazwan6,601 views
1:52Soal Jawab Agama: Benarkah ada hadtih mengenai ...by sanijufri19,521 views
7:56sunan kalijaga dan syeh siti jenar part 1by kangmamix236,423 views
4:54Nabi Muhammad SAW , Episode 4 dari 5by yulbas5651,470 views
8:18Nabi Muhammad SAW , Episode 6 dari 6 .by yulbas5685,232 views
10:50Nabi Muhammad SAW , Episode 5 dari 6by yulbas5695,806 views
9:43Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Sejarah Syiah ...by fuadsyazwan32,600 views
1:39Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah I (2/2)by fuadsyazwan1,734 views
9:53Kisah Nabi Musa 1 of 6by iyon265,575 views
7:49Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Sejarah Syiah ...by fuadsyazwan2,565 views
9:46Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah VI (1/4)by fuadsyazwan526 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)