Isu Wahhabi : Yayasan Sofa Vs Aqidah Khulafa Al-Rashidin 3/4

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
8,322
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 21, 2009

Ustaz Rasul Dahri ASWJ
Isu Semasa 2009 Wahhabi Di Malaysia
FITNAH TERHADAP AQIDAH IMAM SYAFIE MALIKI HAMBALI HANAFI

Mengapa tauhid tiga serangkai?
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILA-utusan Malaysia 16 Nov 2009


Dibawa Rasullulah SAW
Kita telah sedia maklum, bahawa akidah ASWJ yang diketahui secara umum ialah akidah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh sahabat-sahabat baginda.
Tidak kedapatan langsung, perkataan yang terkeluar daripada Rasulullah SAW dan sahabat baginda yang menyebut tentang tauhid yang digembar-gemburkan oleh pengikut Ibnu Taimiyyah dan Wahhabi ini.
Begitu juga dalam metodologi ASWJ yang telah disusun oleh pelopornya, Imam Abu al Hasan al Asyari r.a dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a, tidak pernah menggariskan tauhid ini dalam ruang lingkup akidah ASWJ.
Apa yang kita dapati tauhid ini telah ditimbulkan dan direka oleh Ibnu Taimiyyah dan dikembang biakkan pula oleh anak-anak muridnya sehingga ke generasi Muhammad ibn Abdul Wahhab. Dalam erti kata lain, tauhid inilah yang menjadi pegangan golongan Wahhabi secara khusus.
Sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini, telah terdapat banyak penentangan dan penolakan yang diutarakan oleh ulama terhadap Tauhid 3 Serangkai ini.
Oleh yang demikian, kita melihat di dalam kitab-kitab penulisan ulama ASWJ, terdapat banyak butiran lanjut mengenai penolakan mereka terhadap tauhid yang direka cipta ini.
Jika kita menyoroti dari perspektif ulama tersebut, kita mendapati ulama al Azhar telah bersetuju mengeluarkan kenyataan tentang kesalahan tauhid ini yang sebenarnya telah direka dan dicipta oleh orang-orang yang terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran dan hadis.
Justeru, kenapa pula kita perlu memakai pendekatan Tauhid 3 Serangkai yang mengandungi kepincangan dan telah ditolak oleh ulama kecuali Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya?
Untuk lebih jelas lagi, di bawah ini disenaraikan beberapa cendekiawan dan sarjana Islam dan kitab penulisan mereka yang mengandungi penolakan terhadap ajaran tauhid rekaan ini:
*Al Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar.
Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al Azhar terhadap tauhid rububiah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al Islam edisi tahun 1933 yang merupakan lidah rasmi al Azhar pada masa itu.
Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetujui oleh ulama al Azhar yang lain tanpa adanya sebarang bangkangan. Sehingga hari ini, fatwa tersebut masih lagi segar. Ini dapat dilihat dalam beberapa majalah yang diiktiraf oleh al Azhar. Antaranya, di dalam majalah al Muslim. Al Muhaddith al Allamah Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a telah mengeluarkan kembali fatwa ini dalam majalah tersebut.
*Al Muhaddith al Allamah Sheikh Salamah al Qudhai al Azzami al Syafii r.a dalam kitabnya al Barahin al Satiah fi Raddi bad al bida al Syaiah.
Kitab ini telah mendapat pengiktirafan dan pujian daripada muhaddith pada zaman tersebut iaitu al Allamah Sheikh Muhammad Zahid al Kauthari r.a.
*Al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, ulama besar di Mekah al Mukarramah dan bekas tenaga pengajar Masjid al Haram yang diakui ilmunya oleh ulama pada zaman ini.
Beliau telah menulis penolakannya terhadap tauhid ini dalam kitabnya Huwallah. Bahkan beliau menyarankan kerajaan Arab Saudi supaya mengkaji semula pengajaran tauhid ini di institusi pengajian rendah, menengah dan Tinggi di dalam Muktamar Hiwar al Watoni di Mekah yang diadakan pada 5/11/1424 hingga 9/11/1424. Ia disebut di dalam kertas kerja beliau yang bertajuk al Ghuluw.
*Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumuah.
Beliau turut menyentuh masalah ini di dalam laman web beliau ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya. Iaitu, tentang seorang pemuda yang mengkafirkan seluruh penduduk kampung kerana bertawassul dengan mendakwa orang yang bertawassul tergolong dalam golongan musyrikin yang beriman dengan tauhid rububiah tetapi tidak beriman dengan tauhid uluhiah.
Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid ini dengan mengatakan bahawa pembahagian tauhid ini adalah perkara rekaan yang tidak pernah datang dari Salafussoleh tetapi orang pertama yang menciptanya ialah Sheikh Ibnu Taimiyyah.
Beliau juga menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa tauhid rububiah sahaja tidak mencukupi bagi keimanan seseorang adalah pendapat yang diadakan-diadakan dan bercanggah dengan ijmak kaum Muslimin sebelum Ibnu Taimiyyah.

  • likes, 7 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (13)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • itu adalah dalil wahabi allah besembahyang atas arash nye kate shekh muhammad fuad al maliki yak ni guru saye wahabi x kan mengatakkan dia wahabi dan menggu nakan name ahlul sunnah

  • @badai1983 haha..rasul dahri al wahabbi!

  • cuba tgk website ni kalau nak tau sapa benar sapa salah..

    emjayjb.multiply.com/journal/i­tem/73

  • Akal itu TERBATAS..

    selagi guna Akal utk mencapai keberadaan Allah,

    selagi tu yg timbul hanya Prasangka semata-mata

  • @badai1983 pergh.....kalau non Muslim tgk perangai ko cemnih...pantang berbeza sikit dah naik angin...lg diorg sume gelak tgk perpecahan umat Islam.....rilek brader....dunia ni luas....tak puas hati kite pegi tempat lain...marah takde gunenye....aduyai.....

  • inilah FITNAH besar org2 WAHABBI! mereka tidak mentakwilkan Al-quran sebaliknya mengambil terjemahan direct dr Al-Quran. This WAHABBI is confuse, and spreading their wrong information to public. mazhab2 besar mcm shafie, bersusah payah belajar dan mencari ilmu sehinga beliau diiktiraf, sedang kan engkau org (org wahabi) yg belajar tak tau sumber mana yg takde asas, berani2 menolak imam besar. spesies wahabi ni adalah species manusia yg SUPER JAHIL lagi SUPER SOMBONG.

  • @Man2873 jgn le sampai nk bagi lunyai..sian kat die...hehe

  • semoga Allah lindungi Ustaz Rasul Dahri

  • dia ni mna terima pakai hadis..

  • @Hyunckel001

    awat yang garang sangat?

    salah ka?

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more