Rakyat Pulau Pinang Mahu Gerai Haram Dirobohkan

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
1,515
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Feb 9, 2010

PULAU PINANG 8 Feb Penduduk flat Nibong Indah di sini menggesa supaya astaka Teluk Bayan yang dikatakan beroperasi secara tidak sah dirobohkan segera sekali gus menuntut hak mereka yang dijanjikan pemaju sebelum ini.

Seorang surirumah, Hanifah Hassan, 72, berkata, sejak gerai penjaja itu beroperasi, keluarganya yang tinggal di flat berkenaan pada 2004 berasa kurang selesa kerana pelbagai masalah timbul.

Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan mengapa gerai tersebut yang didirikan secara tidak sah tidak dirobohkan seperti yang terjadi kepada gerai Melayu sebelum ini.

Kami sekeluarga menghadapi masalah tingkap berminyak ekoran asap masakan dari gerai terbabit memasuki ke rumah, selain itu kawasan sekitar juga kotor dan bunyi bising setiap malam.

Kepada pemaju, mana hak kami yang dulu janji nak beri gerai tapak penjaja di situ kepada kami tapi tiba-tiba sekarang beri kepada orang lain pula, katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Lebih 100 orang penduduk flat Nibong Indah dan Kampung Sungai Nibong berkumpul secara aman bagi membantah pembukaan astaka Teluk Bayan yang dikatakan tidak sah di Sungai Nibong di sini kira-kira pukul 5.30 petang.

Rata-rata penduduk di kawasan berkenaan yang merupakan orang Melayu itu turut mempersoalkan mengapa tapak penjaja di astaka terbabit yang didakwa dijanjikan kepada mereka oleh pemaju diberikan kepada kaum lain.

Perkara sama turut diluahkan seorang pekerja kilang, M.Jayanthi, 46, yang sanggup mengambil cuti pada hari ini semata-mata hendak bersama-sama penduduk di flat itu membantah pembukaan astaka Teluk Bayan itu.

Saya dah duduk di sini sejak empat tahun lalu, dan sepanjang tempoh itu kita semua hidup dengan selesa tanpa sebarang gangguan, namun sejak gerai itu beroperasi hari-hari kita dengan bunyi bising, malah kawasan sekitar juga kotor, ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd. Azel Sabu, 55, mahu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu sebelum ia melarat.

Tambahnya, sejak premis perniagaan itu didirikan, beliau mendapati terdapat beberapa struktur dibangunkan dipercayai secara tidak sah dan ia telah menyebabkan pelbagai masalah antaranya keselamatan dan kesesakan lalu lintas.

Mohd. Yahya Othman yang sudah menetap di situ sejak lima tahun lalu juga mahu pemaju mengotakan janji iaitu dengan memberikan tapak astaka terbabit diberi kepada penduduk.

Kita di rumah jadi tidak selesa dengan bunyi bising, asap masakan dari gerai itu dan kawasan sekitar juga kotor, dulu kami tidak berdepan masalah ini tapi sekarang tengoklah, katanya.

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • TV1 ni milik pakatan rakyat, ini kisah benar, bukan lakonan

  • Loading comment...
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more