Uploaded by fuadsyazwan on May 6, 2008
http://akidah.sementoji.net
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Syarah Kitab Muqaddimah Akidah Muslimin siri 2.
Allah menjadikan manusia dan bumi, sebagai tempat kediamannya. Allah juga pencipta segala bahan-bahan alam yang mempunyai hubungan dengan manusia. Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja. Antara keadilan Allah yang maha tinggi pada manusia adalah memikul amanah di dunia. Mereka bertanggungjawab di atas apa yang dilakukan sebagaimana ajaran yang mengatur seluruh kejadian mereka yang meliputi rohani, jasmani, indvidu, masyarakat, moral dan material.
Perlu dijelaskan perbezaan antara kebenaran dan kesesatan, hak dan batil yang memberi manfaat dan memudaratkan. Seterusnya natijah daripada apa yang dilakukan oleh mereka sama ada ke syurga ataupun ke neraka. Agama Islam ialah penyuluh bagi manusia mengenail Tuhan pencipta alam. Manusia pula disuruh mengabdikan diri dan mengikut segala petunjuk Allah. Tujuannya supaya mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Allah melahirkan para nabi bagi mengajak manusia dan juga pemimpin mereka ke arah kebenaran, bermula daripada Nabi Adam dan keturunannya yang pertama. Seterusnya, diteruskan oleh nabi-nabi yang lain sehingga Nabi Muhammad, nabi akhir zaman.
Islam dibawa oleh rasul-rasul bagi menyelamatkan manusia supaya tidak terpesong daripada jalannya yang sebenar seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 213,
كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
(٢١٣) 213
Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
Ayat itu menyatakan manusia pada asalnya mengikut petunjuk agama sebenar. Mereka bertelingkah lalu melakukan kejahatan di bumi dengan menentang jalan yang sebenar. Ada di antara mereka mencipta jalan sendiri. Kekufuran dan tipu daya syaitan menyebabkan mereka lupa atau sengaja melupakan jalan Allah. Maka Allah melahirkan para nabi supaya mengembalikan mereka ke jalan yang benar di samping memberi khabar gembira dan peringatan.
Menurut laporan Ibnu Abbas jarak masa di antara Nabi Adam dan Nabi Nuh adalah 10 kurun. Dalam jangka masa itu manusia masih berada di jalan yang benar. Apabila berlaku penyelewengan, lalu Allah mengutuskan Nabi Nuh. Kemudian diikuti rasul-rasul yang silih berganti. Mereka membawa syariat Allah menurut keperluan umat dan masa. Akhirnya dibangkitkan nabi kita, Muhammad. Nabi Muhammad diutus bagi seluruh pelusuk dunia. Nabi Muhammad diutus semasa suasana benar-benar memerlukannya bagi menghadapi dunia akhir zaman. Beliau diutus menghadapi dunia dengan ciptaan baru yang mencabar seluruh kehidupan di bumi Allah ini.
Kuliah Jumaat, 25 April 2008,
Masjid Rusila, Marang.
-
2 likes, 0 dislikes
9:13Hukum Muzik, Nyanyian dan Nasyid (Senandung Sya...by nasiruddien8,959 views
4:15KEHANGATAN SIDANG DEWAN RAKYAT BERMULAby tvpasmalaysia47,164 views
8:35Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Allah Maha Adil...by fuadsyazwan2,376 views
9:59Tuan Guru Nik Aziz - Kiasan & Seloka (part 2)by amahit78716,313 views
8:11Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Tafsir Surah ...by fuadsyazwan3,969 views
9:15Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Tafsir Surah ...by fuadsyazwan1,680 views
8:38Sejarah Syiah Imamiyyah (3/3)by fuadsyazwan7,201 views
6:12azab kubur...by Soul86Z1,410,303 views
3:40Budak 4 tahun lahir dari bukan islam tahu menge...by rockbebeh1,607,399 views
3:05Berkahwin 17-20 - Ajak Masuk Syurga, Jangan Hen...by YangAkuSegala24,401 views
7:44Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Mazhab Salafi...by fuadsyazwan52,038 views
10:13Debat UMNO-PAS: Penjelasan TG Hj Abd Hadi Awang_1by siswamuslim24,544 views
14:41Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang PAS vs UMNO 9 Ogos 2by azharbentongpahang153 views
3:48kesaksian surat dari nerakaby racoplax89,348 views
9:46SUBHANALLOH "KISAH NYATA"by ASPeMusik2,203,615 views
2:08Ustaz Azhar Idrus - Ceramah Mengata Orangby fuadsyazwan366,741 views
1:33Tiko Mu Gagoh Mu Hambat Aku Tengoh Ceramoh - TG...by wakarimastaq55,846 views
7:37Save Our Earthby muslimfiqcorp329 views
7:27Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Persoalan Pent...by fuadsyazwan3,106 views
1:40Subhanallah!!,Ayat Qur'an muncul di Kulit Bayi ...by imamph329,240 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (1)